web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Alvin Pernah Terima Gambar Lucah Di Instagram, Gesa Pengguna Lebih Bijak

Lebih mengejutkan, dia pernah menerima gambar berkenaan daripada kanak-kanak bawah umur yang masih berpakaian sekolah.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 May 2022 12:20PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon dan penyanyi Alvin Chong mendedahkan pernah berdepan dengan perkara yang tidak menyenangkan apabila beberapa kali menerima gambar  lucah yang dikirimkan melalui mesej Instagram peribadinya. 

Lebih mengejutkan, pelantun lagu 'Mencintaimu' ini pernah menerima gambar tidak senonoh berkenaan daripada kanak-kanak berusia 18 tahun ke bawah yang masih menyarungkan pakaian seragam sekolah.

“Saya pernah dapat  gambar-gambar tidak senonoh di laman sosial tak kiralah daripada lelaki atau perempuan. Bukan itu sahaja, pernah juga saya terima gambar seperti itu daripada budak bawah umur yang masih berpakaian seragam sekolah. Saya terfikir, apalah yang sedang terjadi di Malaysia ini?,” katanya ketika ditemui Getaran baru-baru ini. 

Menurutnya, sekiranya hal seperti ini terjadi, Alvin memilih untuk tidak mengendahkan mesej-mesej berkenaan. 

“Saya memang langsung tak akan balas. Sebab bila balas satu, mereka akan buat lagi. Cara saya untuk tangani sesuatu perkara yang saya tak suka atau tidak bersetuju, saya akan diam sahaja,” tambahnya. 

Gusar dengan keadaan ini, Alvin merasakan generasi muda perlu dipersiapkan dengan pengetahuan tentang bagaimana sesebuah kandungan lucah itu boleh memberi kesan buruk kepada mereka. 

Gambar: Universal Music
Gambar: Universal Music

“Apa yang terjadi di media sosial memang kita tidak boleh nak kawal. Kita tidak boleh nak banned sebarang platform kerana kandungan tidak senonoh boleh sahaja didapati di tempat lain. Anak muda ada sifat ingin tahu yang tinggi, oleh itu kena kena didik mereka mengapa sesebuah kandungan itu tidak patut ditonton.

“Jika suatu hari nanti saya ada anak sekalipun, saya akan terangkan kepada mereka mengapa kandungan lucah boleh memberi kesan buruk dalam kehidupan dan kesihatan kita,” katanya. 

Alvin juga menggesa pengguna laman sosial untuk mengubah mentaliti dan mengendalikan media sosial masing-masing dengan cara yang lebih matang dan berhemah.

“Ada juga orang-orang kita yang pergi ke profile Instagram pelakon luar negara dan komen marah-marah mengapa mereka berpakaian seksi. Sedangkan itu hal biasa di sana. Sepatutnya merekalah yang harus menahan diri daripada mengikuti sebarang figura jika tidak menyenangkan. Walaupun ramai yang sudah bijak menggunakan media sosial, namun masih terdapat segelintir yang menurut saya tidak matang,” katanya menutup temu ramah.

Dalam perkembangan lain, Alvin bakal tampil dengan sebuah drama bersiri terbaharu bertajuk 'She Was Pretty' adaptasi daripada sebuah drama terkenal Korea Selatan. Siri berkenaan bakal menemui penonton pada bulan hadapan di platform Viu. - Getaran, 23 Mei 2022


 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Usaha Malaysia Lesenkan Platform Media Sosial Tarik Perhatian Banyak Negara - Fahmi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Isu Penurunan Hantaran: PMO Panggil Meta Hari Ini

3

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Meta, Jangan Jadi Bacul!’ - Anwar

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Fahmi Nafi Arah Agensi Media Tutup Ruangan Komen

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN