web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Marc Anthony Bertunang Dengan Naib Juara Miss Universe 2021

Perbezaan usia 30 tahun bukan penghalang untuk penyanyi Latin popular, Marc Anthony, 53, untuk mengikat tali pertunangan bersama model dan ratu cantik, Nadia Ferreira, 23.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 May 2022 11:30AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi terkenal, Marc Anthony telah mengikat tali pertunangan dengan buah hatinya, seorang model yang juga naib juara pertandingan Miss Universe 2021, Nadia Ferreira yang berasal dari Paraguay. 

Berita mengenai pertunangan ini telah mencetuskan kontroversi kerana jarak usia di antara mereka yang sangat jauh iaitu 30 tahun. Marc berusia 53 tahun manakala Nadia pula baru berusia 23. Malah usia Nadia jauh lebih muda berbanding anak-anak Marc.

Mereka mula dikatakan menjalin hubungan cinta beberapa bulan lalu selepas dilihat bercuti bersama di Mexico.

Pada Mac lalu pasangan ini mula berani mendedahkan hubungan mereka secara rasmi apabila memuatnaik gambar bersama di Instagram masing-masing. 

Marc sebelum ini pernah berkahwin dengan pemenang Miss Universe 1993 iaitu Dayana Torres yang berasal dari Puerto Rico pada tahun 2000, namun bercerai pada 2004. Pasangan ini memiliki dua cahaya mata bersama.

Pun begitu, perkahwinannya bersama penyanyi terkenal Jennifer Lopez pada tahun 2004 paling mendapat perhatian dunia. Sayangnya mahligai yang dibina juga tidak bertahan lama apabila mereka mengumumkan perpisahan pada 2011 dan bercerai secara rasmi pada tahun 2014. Mereka berkongsi cahaya mata kembar yang kini berusia 14 tahun.

Marc kemudiannya berkahwin dengan peragawati Shannon De Lima pada tahun 2014 sebelum bercerai pada tahun 2017.

Sepanjang perkahwinan dan hubungan cintanya yang terdahulu, Marc telah dikurniakan lima orang anak dan seorang anak angkat yang berusia di antara 28 dan 14 tahun. - Getaran, 18 Mei 2022

Gambar: Instagram Marc & Nadia

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Jennifer Lopez dan Ben Affleck Sudah Tidak Tinggal Sebumbung

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

‘Istiqamah Itu Senang, Hidayah Tak Perlu Tunggu, Kena Cari’ - Che Ta

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Hantaran Instagram Taylor Swift Bantu Pecah Rekod Pendaftaran Undi

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Penyanyi Legenda Bossa Nova, Astrud Gilberto Meninggal Dunia

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN