web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Denden Gonjalez Tak Mahu Ambil Peduli Masalah Dalaman Search

Denden mengakui fokusnya kini adalah untuk menjayakan Konsert Search Rocking On Roof Top yang akan berlangsung di atas bumbung Kompleks Cambell pada 11 Jun 2022.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 May 2022 2:30PM

Gambar: Ellyna Ali

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tidak mahu ambil peduli dengan isu-isu dalaman yang berantakan antara anggota Search, Denden Gonjalez, 40, mengakui fokusnya hanyalah untuk menjayakan Konsert Search Rocking On Roof Top yang akan berlangsung di atas bumbung Kompleks Cambell pada 11 Jun 2022, 9 malam.

Konsert Search Rocking On Roof Top bakal menggabungkan anggota asal Search Noordin Mohd Taib atau Din (gitar), Hamzah Mohd Taib - Kid (gitar) bersama Yan Lefthanded (bass), Minn (dram) dan Denden sendiri selalu vokalis. 

Gambar: Syeda Imran
Gambar: Syeda Imran

Begitupun, Denden tidak menafikan bahawa dia mengalami sedikit kesulitan untuk sewaktu menjayakan latihan konsert itu. 

“Seperti yang kita tahu sebelum ini, lagu-lagu Search dinyanyikan abang Amy dan saya sendiri mengidolakan abang Amy sejak kecil. 

“Abang Amy membawakan lagu-lagu dengan cukup baik dan hebat sekali. Saya sendiri akui sukar untuk membawakan lagu-lagu yang dipersembahkannya. 

“Bahkan, saya terpaksa mengambil sedikit waktu untuk menghafal kebanyakan lagu yang bakal dipersembahkan di dalam konsert ini nanti,” katanya sewaktu ditemui di majlis sidang media pengumumkan Konsert Search Rocking On Roof Top di Hotel Campbell baru-baru ini. 

Tentang pemilihan lagu-lagu dari album kelima, Karisma yang diterbitkan pada 1990 dan album keenam Search, Rampage (1992) untuk dipersembahkan di dalam konsert ini, Denden berkata, lagu-lagu itu sememangnya punya tarikannya sendiri. 

Gambar: Syeda Imran
Gambar: Syeda Imran

“Ya, memang lagu-lagu itu jarang dimainkan di dalam konsert-konsert Search sebelum ini, tapi semuanya lagu-lagu yang sedap. 

“Dan kebanyakan lagu itu juga mempunyai pitching yang tinggi. Memang sukar juga untuk saya mengejarnya. Tapi saya akan berusaha untuk melakukan yang terbaik.

“Buat masa ini, kami sedang giat menjalani latihan. Latihan juga sudah diadakan selama sebulan dan setakat ini persiapan daripada diri saya sendiri sudah melepasi 70 hingga 80 peratus,” kata bapa tiga anak ini. 

Denden juga mengakui pasrah apabila ada pihak cuba membanding-bandingkannya dengan Amy. 

“Saya juga tidak mahu memikirkan hal itu dengan serius. Saya sudah bersedia dari sudut fizikal dan mental. Saya juga biasa dibuli. 

“Mudah-mudahan selepas konsert ini nanti, peminat tegar Search mampu beri peluang dan terbuka hati untuk menerima kehadiran saya. 

Gambar: Syeda Imran
Gambar: Syeda Imran

“Apa yang pasti, sewaktu konsert ini nanti, saya juga akan tampil dengan stail persembahan saya sendiri. 

“Ada juga perancangan untuk menghasilkan lagu-lagu baharu. Tapi, semua itu saya serahkan kepada abang Kid dan Din. 

“Tapi, kalau diberi pilihan sendiri, saya lebih selesa menyampaikan lagu-lagu yang berunsur slow rock,” katanya yang pernah berambut panjang tetapi kini lebih selesa tampil dengan rambut yang pendek. 

Bergabung secara rasmi dengan Search bererti Denden terpaksa meninggal keluarganya setiap kali berulang-alik di antara Bandung dan Kuala Lumpur. 

“Meninggalkan keluarga atas urusan kerja itu bukanlah suatu permasalahan buat saya. Apatah lagi kalau tempohnya singkat seperti sebulan. 

“Ia tidak begitu lama dibandingkan waktu menyertai The Voice Bulgaria tahun lalu. Saya berada di sana selama enam bulan kerana harus mengikuti pelbagai acara,” katanya. 

Sebaik sahaja mengikuti menyertai The Voice Bulgaria, Denden mengakui lebih ramai yang mengenalinya, malah dia juga mendapat tawaran untuk menyertai beberapa band muzik dari negara luar termasuk Amerika Syarikat. 

“Tapi, saya memilih Search kerana saya sudah lama mengidolakan abang Amy. Makanya, saya memilih untuk menerima tawaran daripada Search,” katanya lagi. - Getaran, 16 Mei 2022

 Gambar: Ellyna Ali, Diambil menggunakan telefon pintar Poco 

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 tahun yang lalu

Selepas Berdekad Di Persada Seni, Search Akhirnya Tampil Dengan ‘Sujud Aidilfitri’

2

Muzik 3 tahun yang lalu

Konsert ‘Fantasia Bulan Salju’ - Search Bakal Beraksi Dan Gegarkan Arena Of Stars, Genting Highlands

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Waktu Malam Saya Palingkan Wajah Daripada Isteri, Nangis Sendirian - Amy Search 

4

Podio 3 tahun yang lalu

PenganTARA Episod 3 - Konsert Search, Isu Cerai Ellie-Azri Kupasan PenganTARA Minggu Ini

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN