web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Baru Berusia 12 Tahun, Anak Ajak Sudah Mandikan Puluhan Jenazah 

Berbeza dengan kanak-kanak lain yang seusia dengannya, anak sulung pelawak dan penyampai radio terkenal, Ajak Shiro meminati bidang pengurusan jenazah malah mahu menjadikan bidang itu sebagai cita-citanya.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 May 2022 11:30AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Baru-baru ini pelawak terkenal yang juga penyampai radio Suria FM iaitu Ajak telah memuatnaik sebuah video mengenai anak sulungnya yang telah memandikan sembilan jenazah.

Rata-rata netizen kagum dengan anaknya iaitu Jad Thaqif Mohamad Hanffi yang baru berusia 12 tahun tetapi sudah mampu memikul tanggungjawab sebagai seorang Muslim dengan baik.

Menurut Ajak, anaknya mula menceburkan diri dalam menguruskan jenazah selepas tamat tempoh PKP yang lalu apabila mereka sekeluarga pulang ke kampung isterinya.

"Bapa mertua saya melakukan pengurusan jenazah di satu daerah di Kluang, Johor. Bila anak saya tengok atuknya sibuk menguruskan kes kematian, dia jadi kasihan kerana melihat atuknya yang sering ke sana ke mari menguruskan jenazah. Atuknya pula bacakan talkin dan tiada orang payungkan. Jadi dia mula menjadi pembantu peribadi atuknya. Bermula dari situlah dia mula menceburkan diri dalam pengurusan jenazah,” jelasnya ketika dihubungi.

Ditanya adakah Ajak sendiri yang menggalakkan anaknya melibatkan diri dengan pengurusan jenazah, kata ahli kumpulan Shiro ini dia sentiasa memberi galakan terhadap apa sahaja minat anaknya.

“Biasalah kanak-kanak yang sedang membesar macam-macam yang mereka minat. Apa sahaja yang dia minat saya akan bagi galakkan. Sebelum ini dia pernah terlibat dengan  sukan skate board, pernah juga saya hantar dia pergi kelas seni pertahankan diri Muay Thai. 

Pernah jurulatih nak masukkan dia dalam gelanggang Muay Thai tetapi ibunya tidak berapa setuju kerana bimbang faktor keselamatan. Ketika itu anak saya memang fokus dengan aktiviti seperti itu. Tetapi sejak dia mula menceburkan diri dengan pengurusan jenazah ini, dia punya effort sangat lain. Tiba-tiba dia cakap nak pergi periksa atuknya takut-takut kalau ada kes kematian. Jadi saya boleh katakan galakan untuk pengurusan jenazah ini datang dari dirinya sendiri,” ujarnya. 

Jika dilihat menerusi video yang dikongsikan oleh Ajak, anaknya telah menguruskan sembilan jenazah sewaktu pulang beraya di kampungnya baru-baru ini. Namun menurut Ajak, sepanjang berkecimpung dalam pengurusan jenazah, Jad sudah menguruskan lebih 20 jenazah bersama datuknya. 

Setiap kanak-kanak mempunyai cita-cita tersendiri yang sering bertukar seiring peningkatan usia. Begitu juga dengan Jad. 

“Apa yang selalu Jad cakap pada saya, dia nak jadi seperti atuknya iaitu menguruskan jenazah. Bila saya dan isteri dengar jawapan dia, saya terdiam. Dalam banyak-banyak cita-cita yang ada kenapa memilih untuk menguruskan jenazah kan. Tetapi kita tak cakaplah dengan dia, apa yang saya cakap Jad buat betul-betul nanti baba belikan Jad van besar untuk uruskan jenazah.

Mungkin sekarang atuk uruskan jenazah secara domestik, nanti Jad boleh uruskan jenazah di peringkat antarabangsa pula. Orang yang meninggal di Malaysia tetapi nak hantar ke luar negara. Kita bagi sokongon pada dia. Baru dia tahu rupanya ada banyak cabang dalam pengurusan jenazah, bukan sekadar kerja kampung sahaja,” kongsinya. 

Jika dilihat komen-komen netizen di ruangan komen Instagram Ajak, ramai yang memuji caranya dan isteri mendidik anak-anak mereka. Kata Ajak, dia sendiri enggan dibanding-bandingkan dengan cara orang lain mendidik anak.

“Masing-masing ada cara masing-masing dalam mendidik anak. Macam saya, saya lebih suka anak saya bersahabat dengan si mati. Sebab bila dia menguruskan jenazah, dia pergi sampai ke tanah perkuburan, di situ akan lahir di hatinya betapa rasa rendah diri untuk menjadi seorang manusia di atas bumi ini. 

Itu yang saya suka untuk anak saya teruskan dalam pengurusan jenazah ini. Sebenarnya itu motivasi untuk kita juga kerana dipenghujungnya kita akan kembali kepada Pencipta. Dan menjadi impian saya bila saya ‘pergi’ nanti, anak saya yang akan uruskan jenazah saya,” katanya menutup bicara. - Getaran, 10 Mei 2020.

Gambar: Instagram Afifah Amin & koleksi Peribadi Ajak

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Zahirah, Aiman Hakim Timang Cahaya Mata Kedua

2

Seni & Hiburan 2 tahun yang lalu

Pembatalan Permit Persembahan Sharul Channa Ambil Kira Laporan Polis Video Berkait Isu 3R

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Buat Aduan Ke MCMC Jika Gambar, Video Anak Dimuat Naik Tanpa Kebenaran

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Dipukul Dengan Tukul Besi, Wanita Maut Di Tangan Anak Sendiri

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN