Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


8 Tahun Ben Amir Tunggu Jadi Hero ‘Rebel’ Dalam Filem

Ben bakal membawakan watak seorang samseng bernama Luka dalam filem Rebel yang bakal diarahkan dan dilakonkan, Datuk Awie.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 May 2022 2:30PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Aktor Muhammad Amir Sabaruddin atau lebih dikenali sebagai Ben Amir, 32, teruja apabila mendapat peluang untuk memegang peranan hero dalam filem aksi berjudul Rebel yang bakal dibintangi diarahkan Datuk Awie. 

“Saya menunggu peranan sebagai hero filem ini selama lapan tahun. Sewaktu lapan tahun lepas, bila orang tanya saya apakah impian saya di dalam bidang lakonan, saya beritahu bahawa saya mahu jadi hero filem aksi. 

“Tak kisah jadi askar atau gangster. Yang penting ia adalah sebuah filem aksi dan ada babak tembak-tembak. 

“Sebab dari kecil lagi, saya memang suka dengan filem aksi. Bila dapat peluang ini (berlakon filem Rebel), bagi saya ia adalah satu permulaan yang baik untuk kerjaya saya pada tahun ini,” katanya kepada Getaran. 

Menceritakan wataknya sebagai Luka dalam filem Rebel, Ben menjelaskan, kehidupan Luka dikelilingi dengan kejahatan iaitu gangsterisme, dadah dan pelacuran. 

“Walaupun kehidupan dia begitu, tapi dia tidak memilih untuk hidup begitu. Sebaliknya, dia menggunakan pengaruhnya untuk membuat kebaikan dan menentang kejahatan. 

“Filem ni ada getaran seperti Young and Dangerous. Watak Chan Ho Nam tuh ibarat Luka. Bila saya baca skrip, karektor Luka sebenarnya seorang gangster yang tenang dan relaxed

“Memang ini adalah watak idaman saya dan filem ini juga memiliki banyak pengajaran dari sudut brotherhood dan kemanusiaan. Jadi saya harap, orang tidak akan menghakimi filem ini sebagai filem gangster yang tipikal,” katanya lagi. 

Ben juga mengakui memang sudah lama menyimpan hasrat dan impian untuk berlakon bersama Datuk Awie dalam sebuah filem yang sama. 

“Sebetulnya, memang ada sebuah filem yang patut saya bintangi bersama Datuk Awie, arahan Allahyarham Mamat Khalid. 

“Tapi filem itu tidak jadi buat. Bila jumpa balik Datuk Awie dan dapat tahu dia berlakon dan bakal arahkan Rebel, bagi saya memang okay sangatlah. Saya memang sudah lama mengikuti hasil kerja lakonan beliau sama ada dalam aksi atau komedi. 

“Saya gembira dapat bekerjasama dengan beliau di dalam filem ini dan walaupun ada koreografer untuk babak aksi, namun Datuk Awie juga akan membantu,” katanya. 

Tentang kesesuaiannya membawakan watak Luka ini, jelas Ben lagi, setiap aktor haruslah berkembang dari sudut kraf lakonannya. 

“Kita tidak boleh terikat dengan satu karakter sahaja. Saya sendiri suka membawakan pelbagai watak dan mengembangkan watak-watak yang saya bawa itu. 

“Mula-mula jadi pelakon, memang kena buat cerita cinta. Tapi, bila kita semakin matang dan nampak matang, banyak watak lain yang boleh kita terokai. 

“Sebab itulah saya ambil inisiatif untuk belajar sendiri seni mempertahankan diri seperti Muay Thai dan Kickboxing. 

“Campur PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) selama beberapa kali, sudah tiga tahun saya belajar. Ia sebagai suatu persediaan walaupun pada ketika itu saya belum ada job untuk buat cerita aksi. 

“In Shaa Allah, lepas Rebel, ada satu lagi filem aksi yang bakal saya lakonkan. Tapi, saya tidak dapat cerita dulu tentang projek filem tersebut,” katanya. 

Tidak mahu memaksa dirinya untuk mencari jodoh semata-mata untuk mendirikan rumah tangga seperti mana orang lain, Ben berkata, banyak lagi perkara yang dia mahu lakukan dan mahu terokai. 

“Umur saya pun baru 32. Masih muda lagi. Kalau boleh saya nak buat sky diving, snowboarding dan menjelajah di negara-negara lain. 

“Sejak PKP, saya tak dapat hendak berjalan ke mana-mana atau melakukan sukan yang ekstrim. Jadi, saya sudah menyusun jadual saya untuk melakukan snowboarding di Jepun tidak lama lagi dan pada hujung tahun ini saya akan ke New York atas urusan kerja. 

“Pada tahun depan pula, saya akan ke Iceland pula. Memang saya nak lepas geram untuk menjelajah selepas ini,” katanya sambil tertawa. 

Pada sambutan raya kali ini, Ben sempat pulang beraya di Ipoh Perak untuk berkumpul dengan semua keluarga dan sanak-saudara, namun dia sudah kembali ke Kuala Lumpur pada hari raya kedua. 

“Saya terpaksa kembali membuat latihan dan persiapan untuk filem Rebel yang akan menjalani penggambaran pada 11 Mei ini,” katanya menutup bicara. 

Selain Ben Amir, Rebel terbitan Wau Production dan Rumah Produksi Merah turut membariskan pelakon lain seperti membariskan Shikin Kamal, MK K-Clique serta Awie sendiri. 

Gambar oleh Ellyna Ali Menggunakan Poco 3

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 6 hari yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

2

Filem & TV 1 minggu yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

3

Filem & TV 2 bulan yang lalu

Lal Salaam Lakonan Rajinikanth, Gabung Elemen Perpaduan Menerusi Sukan

4

Luar Negara 2 bulan yang lalu

WGS 2024: Shah Rukh Khan Bawa Inovasi Teknologi Dalam Industri Filem India

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Selebriti 17 jam yang lalu

Bella Astillah Akui Bertemu Sarah Jasmine, Baca Mesej Ruhainies Desak Aliff Buka Aibnya

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 hari yang lalu

Siti Saleha Berjaya Takluki Puncak Gunung Kinabalu

Pelakon jelita berkenaan berkongsi kejayaannya itu di akaun media sosial miliknya

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 5 jam yang lalu

Amar Baharin Dedah Tanah Ada 2 Geran, MB Selangor Janji Siasat

Pelakon itu memaklumkan tanah milik ibunya di Semenyih dibeli puluhan tahun lalu, namun sudah didiami ‘tuan tanah’ lain

oleh Rahayu MN

Budaya 1 jam yang lalu

Temui Personaliti Anime Kegemaran Anda Di Anime Fest Plus 2024  

oleh Wartawan Hiburan Getaran