Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Ikmal Amry Tak Kisah Saudara Mara Mahu Peluk Cium Anak

Pengalaman Ikmal Amry berkunjung ke London baru-baru ini menyedarkan bahawa kita perlu jalani hidup tanpa perlu rasa takut yang keterlaluan sehingga memberi tekanan.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 May 2022 9:00AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon kacak, Ikmal Amry tidak kisah andai anaknya dicium dan dipeluk sewaktu bertemu sanak saudara ketika menyambut perayaan Aidilfitri.

Menurut Ikmal atau nama sebenarnya Mohd Zulikmal Amry bin Ghazali ,28, dia dan isterinya iaitu  Najla Shamsul akan bersikap terbuka terhadap mereka yang ingin bermesra dengan anak perempuan mereka Cailie yang kini berusia lima bulan.

“Perkara ini kami belajar ketika pergi ke London baru-baru ini. Di sana mereka bergaul seperti biasa tanpa ada SOP yang ketat. Bila nak pulang ke Malaysia, kami buat ujian Covid-19 dan keputusannya negatif. Maknanya kita tak boleh terlampau over thinking. Kalau beria menjaga pun kalau nak kena, kena juga. Jadi kami hanya tawakal saja. 

Tetapi bukanlah bermaksud kami tidak berjaga-jaga langsung. Jika kita terlalu takut, akhirnya kita sendiri yang tertekan. Yang penting kita jalani hidup dengan gembira tanpa rasa terkongkong,” ujarnya.

Biarpun bersikap terbuka terhadap mereka yang mahu bermesra dengan anak mereka, tetapi Ikmal dan isteri tetap memastikan diri mereka sentiasa bersih dan akan mandi setiap kali pulang ke rumah. 

Bercerita mengenai sambutan Aidilfitri tahun ini, kata Ikmal tahun ini akan menjadi lebih istimewa buatnya dan isteri kerana buat pertama kali mereka akan beraya sebagai ibu dan bapa.

“Kebetulan tahun ini kita sudah boleh beraya seperti biasa setelah dua tahun tidak dapat beraya. Jadi kita ‘all out’ sikit la untuk raya tahun ini. Semua persiapan pun kita fikir anak sahaja. 

Selama ini kami belum pernah bawa Cailie bertemu sanak saudara secara terbuka. Jadi inilah masanya untuk mereka semua bertemu dengan Cailie,” kongsinya.

Tambahnya lagi, sewaktu mereka berkahwin dulu adalah dalam tempoh PKP. Jadi kedua-dua mereka belum sempat bertemu sanak saudara kedua belah pihak dan akan menggunakan waktu Aidilfitri tahun ini untuk meluangkan masa bersama keluarga masing-masing. – Getaran, 5 Mei 2022.

Foto : Instagram

Berita Berkaitan

1

Seni & Hiburan 1 minggu yang lalu

"Saya Dah Jumpa Pilihan Yang Paling Tepat, Ibu Saya Sayang Dan Anggap Dia Seperti Anak" - Zul Ariffin

2

Selebriti 1 minggu yang lalu

Datuk Red Sedang Usaha Untuk Langsaikan Hutang Sebanyak RM7 Juta, Akui Pernah Jadi ‘Scammer’

3

Selebriti 1 minggu yang lalu

Muatnaik Foto Raya Bersama, Netizen 'Approved' Syed Saddiq Dan Bella Astillah

4

Selebriti 2 minggu yang lalu

Puteri Aishah Selamat Lahirkan Bayi Lelaki

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Budaya 16 jam yang lalu

Temui Personaliti Anime Kegemaran Anda Di Anime Fest Plus 2024  

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 20 jam yang lalu

Amar Baharin Dedah Tanah Ada 2 Geran, MB Selangor Janji Siasat

Pelakon itu memaklumkan tanah milik ibunya di Semenyih dibeli puluhan tahun lalu, namun sudah didiami ‘tuan tanah’ lain

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Adira Sah Bercerai

Lafaz talak satu dibuat Datuk Seri Adnan Abu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat pagi tadi.

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Bella Astillah Akui Bertemu Sarah Jasmine, Baca Mesej Ruhainies Desak Aliff Buka Aibnya

oleh Helmi Anuar