web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kim Kardashian Pakai Gaun Bernilai RM20 Juta Ke MET Gala

Gaun yang pernah dipakai oleh mendiang Marilyn Monroe pada tahun 1962 itu dikhabarkan merupakan gaun termahal di dunia.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 May 2022 9:23AM

Gambar: Instagram Kim Kardashian

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selebriti terkenal dunia, Kim Kardashian sekali lagi mencuri tumpuan di acara tahunan MET Gala tahun ini apabila dia hadir dengan menyarung gaun ikonik milik mendiang legenda Hollywood, Marilyn Monroe yang berusia 60 tahun.

Gaun berona kulit itu ditaburi 6000 biji kristal itu bernilai USD4.8 juta atau RM20 juta dan dikhabarkan merupakan gaun termahal di dunia. 

Mendiang Monroe telah menggayakan gaun berkenaan sewaktu menyanyikan lagu 'Happy Birthday' kepada Presiden Amerika Syarikat John F. Kennedy pada tahun 1962.

Gaun berkenaan telah ditempatkan di muzium Ripley's Believe It Or not dan dipinjamkan khas kepada Kardashian sempena acara MET Gala, menjadikan dia manusia kedua yang pernah memakai gaun itu selepas Monroe. 

Menurut temubual Kardashian bersama majalah Vogue, dia terpaksa menurunkan berat badan sebanyak 7 kilogram untuk memastikan dia muat memakai gaun berkenaan.

Sewaktu pihak muzium menghantar gaun itu kepadanya, gaun itu tidak muat di tubuh montok Kim. Gaun itu juga dikawal ketat oleh pengawal keselamatan.

Kardashian terpaksa mengamalkan diet karbohidrat dan gula selama tiga minggu untuk kurangkan berat badannya. 

Dia juga mewarnakan rambutnya kepada warna perang muda untuk melengkapkan gaya ikonik Marilyn Monroe yang terkenal dengan imej rambut perang. 

Tahun lalu gaya Kim di acara yang sama telah menjadi tular di seluruh dunia selepas tampil memakai busana berwarna hitam dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. – Getaran, 4 Mei 2022.

Kim Kardashian di acara MET Gala tahun lalu. Gambar Fail
Kim Kardashian di acara MET Gala tahun lalu. Gambar Fail

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Kim Kardashian Terakam Kelibat Wanita Misteri Di Dalam Biliknya

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Kes 1MDB: ‘Berhibur’ Bersama Low, Leonardo DiCaprio, Kim Kardashian Disoal Siasat

3

Selera 4 tahun yang lalu

Tiru Diet Selebriti Hollywood Demi Bentuk Badan Menawan

4

Gaya 4 tahun yang lalu

Sorotan Getaran 2021 : 10 Momen Fesyen Yang Menggegar 2021!

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN