web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lebaran Tanpa Sarah, Anak-Anak Kekuatan Shuib

Mengakui tidak boleh berselindung daripada perasaan rindu, Shuib rupanya sering ke kubur arwah Siti Sarah yang terletak di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 May 2022 3:21PM

Gambar: Instagram @Shuibsepahtu

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Usahawan dan pelawak, Shuib pulang ke kampung halamannya di Bagan Serai, Perak bersama-sama anaknya bagi meraikan Syawal meskipun tahun ini adalah kali pertama mereka menyambut lebaran sejak kematian Siti Sarah Raissudin pada Ogos tahun lalu. 

Tidak mahu terlalu lama terpenjara dalam perasaan sedih dan putus asa, pemilik nama sebenar Shahmira Muhamad mengakui ada banyak perkara yang perlu disyukurinya hari ini terutamanya kehadiran anak-anak. 

“Anak-anak saya sangat teruja nak beraya tahun ini memandangkan masing-masing puasa penuh. Jadi tak adil jika saya asyik melayan perasaan sedih saya sendiri. Mereka ingin beraya, jadi saya kena raikan mereka.

“Jujurnya, anak-anak saya tak kisah sangat tentang baju. Mereka lebih teruja untuk menikmati suasana hari raya di kampung. Mereka nak main mercun dan bunga api,” katanya ketika ditemui Getaran baru-baru ini. 

Pernah beberapa kali juga Shuib berasa tidak kuat dan patah semangat kerana rindukan arwah istrinya. Namun, pelawak itu mendedahkan, anak-anaklah yang menjadi sumber kekuatan dan kebahagiaan buatnya.

“Sebenarnya, saya sendiri tak rasa saya kuat. Ada masa saya okey dan adakalanya sayalah manusia paling tidak kuat kalau hendak dibandingkan dengan anak saya. Mereka boleh berbual tentang ibu secara terbuka tanpa mengalirkan air mata. 

“Saya percaya Allah itu Maha Baik dan cuma waktu akan mengubati segalanya. Saya percaya ada banyak benda baik akan menanti. 

“Tak payah tengok terlalu jauh, sekarang ini pun saya bersyukur sangat, diberikan anak-anak yang luar biasa hebat. Saya bersyukur kerana masih hidup dan dapat tengok anak-anak saya membesar,” luahnya.

Mengakui tidak boleh berselindung daripada perasaan rindu, Shuib rupanya sering ke kubur arwah Siti Sarah yang terletak di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak. 

“Saya rasa macam saya dapat hobi baru pula. Sudah menjadi rutin bagi saya untuk ke kubur arwah isteri. Saya akan berbual, meluahkan perasaan, membersihkan dan mencantikkan kuburnya. 

“Bagi saya, itu sahajalah perkara yang saya boleh lakukan untuknya. Itu sahajalah cara paling dekat untuk saya menyentuhnya selain doa. 

“Secara jujur, kadang saya tak ada orang untuk diajak berbual. Jadi bila pergi ke kubur, saya akan meluahkan segala-galanya kepada arwah. Walaupun sudah sembilan bulan dia menghadap Ilahi, tapi saya merasakan Sarah selalu ada dengan saya. 

“Kadangkala saya teringat arwah pukul dua atau tiga pagi dan pernah terfikir untuk ke kuburnya kerana terlalu rindu,” katanya yang mendirikan rumah tangga dengan penyanyi lagu ‘Kesetiaan’ itu pada tahun 2011.

Siti Sarah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 5:13 pagi, di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia. Arwah yang pada waktu itu sedang mengandung tujuh bulan disahkan dijangkiti virus COVID-19. 

Sepanjang berkahwin, pasangan itu dikurniakan dikurniakan empat cahaya matai aitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin dan Ayash Affan. - Getaran, 3 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Sarat Hamil Tapi Positif Ganja, Wanita Dan Suami Ditangkap Bawa 10KG Dadah

3

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN