web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Zahid Bawa Ibu Beraya Di Rumah Isteri Di Tanjung Bungah 

Selepas raya, Zahid mahu menghasilkan 'single' dengan Cat Farish serta meneruskan perniagaan Karipap Mutiara dengan isterinya, Nurul Shuhada.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 May 2022 7:19PM

Gambar: Instagram @zahidbaharudin

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sambutan raya pada kali ini amat bermakna buat bekas juara Akademi Fantasia Musim 2, Ahmad Zahid Baharudin, 41, atau lebih dikenali sebagai Zahid kerana dia berpeluang menyambutnya bersama suri hati baharunya, Nurul Shuhada Osman, 26, yang dikahwininya tahun lepas. 

“Tahun ini saya akan balik beraya di Tanjung Bungah di Penang, di rumah isteri saya. Oleh kerana mak saya tinggal seorang, jadi saya bawa mak saya sekali. 

“Saya mahu berikan suasana baharu kepada dia. Lagipun saya juga mahu bawa ibu saya mengenali saudara-mara isteri saya yang masih belum sempat kami kenal. 

“Kami pulang ke Penang lebih awal. Kamilah antara 4 juta penduduk yang pulang bersesak di lebuh raya untuk menyambut raya,” katanya kepada Getaran sambil tertawa. 

Pada Ramadan yang baru sahaja melabuhkan tirainya, Zahid dan isteri turut mengambil kesempatan untuk berniaga karipap istimewa di Putrajaya.  

Karipap istimewa yang dinamakan Karipap Mutiara ini dibawakan khas dari Penang dan ia memiliki pelbagai jenis pilihan inti iaitu ayam, kambing, rusa, sotong dan udang. 

Kata Zahid, sebenarnya sudah lama isterinya mahu berniaga karipap tersebut, namun Ramadan telah memberikan peluang dan kesempatan untuk mereka melaksanakannya. 

“Karipap yang kami jual panas-panas besar saiznya dan dijual panas harga RM2. Tapi, untuk karipap inti kambing dan rusa, harganya agak berbeza iaitu RM3.50. 

“Tidak sangka juga sambutannya agak baik. Jadi, lepas raya, kami bercadang untuk meneruskan perniagaan ini. 

“Kami akan jual karipap panas dan frozen. Jadi pembeli ada pilihan semasa membeli nanti,” katanya 

Zahid juga bercadang untuk menghasilkan beberapa lagu baharu selepas raya ini. 

“Insha-Allah, saya akan berkolaborasi semula dengan rakan lama saya iaitu Cat Farish. Dahulu, Cat Farish pernah naikkan nama saya. Jadi mana tahu, kolaborasi kami ini akan menjadi lagi.

“Namun, kalau ditanyakan tentang genre lagu itu, ia sesuatu yang harus saya, Cat dan seorang lagi rakan saya bincangkan. 

“Kita kena lihat pasaran dan membuat kajian apa genre muzik yang orang suka tapi tidak banyak dibuat. 

“Misalnya muzik soul. Buat masa ini Anuar Zain yang menyanyikan lagu-lagu soul dan masyarakat boleh menerimanya. 

“Tapi, selepas Anuar Zain, siapa lagi yang akan menyanyikan genre muzik ini. Mungkin saya boleh bawa muzik soul ini tetapi dengan cara saya yang tersendiri,” katanya. 

Zahid bersama isterinya Nurul Shuhada Osman. Gambar: Ellyna Ali, menggunakan telefon pintar Poco
Zahid bersama isterinya Nurul Shuhada Osman. Gambar: Ellyna Ali, menggunakan telefon pintar Poco

Zahid juga turut terlibat dengan dua program di Awesome TV sempena raya iaitu ‘Memoria Raya’ dan program sitcom 15 episod iaitu ‘Rumah Insaf’.

Menerusi perkahwinan terdahulu bersama Sara Julia Yusof yang dikahwini pada 2013, Zahid dikurniakan cahaya mata, Zareef Nufael, 7 tahun. - Getaran, 2 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Kolum 2 bulan yang lalu

Hari Raya Aidil Fitri: Melangkaui Toleransi — Seruan Untuk Penerimaan

2

Kolum 1 tahun yang lalu

Menghitung Rahmat Dan Bahagia Di Aidilfitri

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Muatnaik Foto Raya Bersama, Netizen 'Approved' Syed Saddiq Dan Bella Astillah

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Malaysia Kutuk Serangan Rejim Israel Ke Atas Gaza Ketika Aidilfitri 

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN