web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Akhirnya ‘Rebel’ Bikin Awie Bakal Jadi Tuan Pengarah!

Filem ‘Rebel’ yang bakal dibintangi Ben Amir, Shikin Kamal, MK K-Clique serta Awie sendiri bakal menjalani penggambaran pada 11 Mei ini.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Apr 2022 4:30PM

Gambar Fail Bernama

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Akhirnya hasrat dan impian rocker versatil, Datuk Awie untuk mengarahkan sebuah filem bergenre aksi tertunai menerusi Rebel terbitan Wau Production dan Rumah Produksi Merah. 

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 53, berkata dia sangat bersyukur dan gembira apabila mendapat peluang untuk mengarah filem. 

“Saya selalu berdoa kepada Allah SWT supaya tunaikan segala hasrat dan impian saya. Terima kasih Tuhan atas kurniaan ini. 

“Sebenarnya saya sudah pernah mengarah filem sebelum ini iaitu Iskandar pada 2003. Tapi untuk babak-babak aksi. 

“Pengarahnya, V. Nagaraj telah memberi peluang kepada saya untuk bertindak sebagai pengarah aksi dan menjadi koreografer babak-babak aksi filem tersebut. 

“Jadi sekarang, Tuhan mahu beri peluang kepada saya untuk mengarah Rebel kerana saya sudah lama bercerita tentang pengarahan untuk cerita aksi, sejak sebelum keluarnya filem KL Gangster lagi,” katanya. 

Awie. Gambar: Ellyna Ali, diambil menggunakan Poco
Awie. Gambar: Ellyna Ali, diambil menggunakan Poco

Bakal menjalani penggambaran pada 11 Mei ini, Rebel membariskan pelakon seperti Ben Amir, Shikin Kamal, MK K-Clique serta Awie sendiri. 

Ia mengisahkan mengenai perjalanan hidup seorang pemuda bernama Luka yang hidup dalam persekitaran 'gelap' dengan pelbagai aktiviti tidak bermoral seperti pelacuran, dadah dan gengsterisme.

Menjelaskan lebih lanjut tentang Rebel, Awie cuba mengangkat jiwa seorang pemuda yang memberontak dan bagaimana masyarakat sering menuduhnya sebagai seorang yang jahat. 

“Namun, pernah atau tidak kita memikirkan mengapa orang jadi jahat dan bagaimana orang itu mampu tergolong dalam golongan yang sebegitu. 

“Pasti ada punca mengapa dia jadi begitu dan selalunya mereka ini membesar dalam persekitaran keluarga yang tunggang-langgang, retak atau berpecah-belah. Itu yang cuba saya gambarkan dalam Rebel. 

“Selalunya apabila mereka besar, mereka akan ‘mengeluarkan’ segala permasalahan itu dengan bertindak keterlaluan. 

“Tapi, dalam cerita yang saya buat untuk Rebel, watak utama itu sempat bertindak serta menggunakan fikiran yang positif untuk mengubah dirinya walaupun dia hampir membunuh dan diselamatkan oleh cinta. 

“Cinta bagi saya adalah segalanya. Kerana cinta Terminator juga boleh mengeluarkan air mata,” katanya sambil berseloroh. 

Ben Amir. Gambar Fail
Ben Amir. Gambar Fail

Apa pun, Rebel diangkat daripada kisah-kisah benar yang berlaku di sekeliling dan apabila ditanya adakah ia turut mengaitkan dirinya yang sering disalah ertikan, Awie tersenyum. 

“Orang selalu menuding jari terhadap seseorang tanpa usul periksa dan perkara ini sebenarnya sangat berbahaya. 

“Dengan sedikit peluang yang ada ini, saya ingin gambarkan sebuah kehidupan dalam Rebel dan saya harap selepas ini penonton yang menonton filem ini akan lebih berhati-hati. 

“Jangan mudah jatuh hukum pada seseorang. Kita ada hukum alam, hukum karma dan kifarah. Tuhan yang jalankan kerja. Tugas kita pula adalah membawa mereka kembali semula ke pangkal jalan,” katanya lagi. 

Awie juga mengakui bahawa Ben Amir adalah pelakon yang cukup sesuai membawakan watak utama filem iaitu Luka. 

“Saya mahukan seorang yang mampu menjiwai watak lelaki yang memberontak tetapi pada masa yang sama dia sangat cool. Tapi bila dia tersentuh, barulah jiwa singanya itu akan keluar,” katanya lagi. - Getaran, 29 April 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Bukit Aman Digesa Banteras Gengsterisme Di Julau - Larry Sng

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Pengarah Telefilem Kesal Masih Belum Terima Imbuhan Dana RM200,000 Dimenangi Di ASA2022

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Selepas 8 Tahun Tidak Bertemu, Datuk Awie Bersyukur Akhirnya Bakal Beraya Bersama Dua Anaknya Pada Aidiladha Ini

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

‘Real Comeback Is Possible’ - MK K-Clique Bangga Dengan Pencapaian Pelajar SPM 2022

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN