web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bicara Kes Dadah Ismahalil Bermula 19 Okt

Penyampai radio itu didakwa atas pertuduhan mengedar dadah jenis Kanabis, anggaran berat 374.6 gram pada Ogos tahun lalu.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Apr 2022 1:25PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mahkamah Tinggi di sini menetapkan tiga hari bermula 19 Okt ini untuk perbicaraan kes penyampai radio Ismahalil Hamzah, yang didakwa atas pertuduhan mengedar dadah jenis Kanabis, Ogos tahun lepas.

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin menetapkan 19, 20 dan 31 Okt untuk perbicaraan, selepas peguam yang mewakili Ismahalil, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar, memohon tarikh bicara ketika sebutan kes itu, hari ini.

Timbalan Pendakwa Raya Norashikin Ibrahim memaklumkan kepada mahkamah, pihaknya bercadang untuk memanggil enam hingga tujuh saksi pendakwaan untuk memberi keterangan.

“Pada prosiding hari ini, pendakwaan juga telah menyerahkan dokumen berkaitan perbicaraan kepada pihak pembelaan,” katanya.

Ahmad Zaharil mengesahkan perkara tersebut, selain memaklumkan pihaknya akan menulis surat kepada mahkamah untuk mendapatkan tarikh sebutan baharu sekiranya terdapat representasi atau perkembangan terbaru mengenai kes.

Ismahalil, 49, mengaku tidak bersalah atas dakwaan mengedar dadah jenis kanabis anggaran berat 374.6 gram di sebuah rumah di Jalan Semarak, Wangsa Maju, di sini pada 5.35 petang, 27 Ogos 2021.

Dia dituduh mengikut Seksyen 39B(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

3

Semasa 6 hari yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Semasa 6 hari yang lalu

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN