web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penangan ‘Besprens’ Buka Jalan Yazmin Aziz Bergelar Pelakon

Gadis kacukan Malaysia dan Filipina ini juga tidak menyangka aura ‘besprens’ tersebut jugalah yang memikat hati pengarah 'Bunga dan Kayu', Wann Hafiz sekali gus membuka jalan baginya untuk bergelar seorang pelakon.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Apr 2022 8:15AM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Siapa sangka penangan tagline ‘besprens’ yang bermula di  TikTok menjadi ‘pelaris’ bagi penyanyi Yazmin Aziz yang dilihat semakin mencuri perhatian dalam industri seni tanah air.

Di pentas Big Stage, Yazmin mudah diingati peminat dan juri kerana perwatakkannya yang lucu dan santai serta sering menyebut perkataan ‘besprens’ dalam slang Filipina sama seperti yang ditunjukkannya di platform media sosial miliknya. 

Bukan itu sahaja, gadis kacukan Malaysia dan Filipina ini juga tidak menyangka aura ‘besprens’ tersebut jugalah yang memikat hati pengarah Bunga dan Kayu, Wann Hafiz sekali gus membuka jalan baginya untuk bergelar seorang pelakon.

Gambar: Facebook Yazmin Aziz
Gambar: Facebook Yazmin Aziz

“Saya sediri terkejut ditawarkan watak yang agak besar memandangkan ini ialah filem pertama saya. Awalnya saya berpeluh kerana sangat gementar berlakon di hadapan banyak kamera. Namun lama-kelamaan saya sudah semakin selesa. 

“Pengarah juga memberikan respons yang baik kepada saya. Dia sendiri mengatakan memang watak di dalam cerita ini diambil kerana ia bersesuaian dengan perwatakkan ‘besprens’ saya di  TikTok iaitu gila-gila tetapi caring,” katanya ketika ditemui Getaran di majlis sidang media filem Bunga dan Kayu baru-baru ini. 

Bercakap tentang kerjaya lakonannya ini, Yazmin yang juga merupakan mahasiswa pengajian Sarjana Muda Sastera dalam Komunikasi Massa Universiti HELP ini juga mendedahkan sudah lama meminati bidang lakonan dan pernah terlibat dalam pementasan seni teater muzikal.

Gambar: Facebook Yazmin Aziz
Gambar: Facebook Yazmin Aziz

“Selain suka bernyanyi, saya juga memang sangat minat berlakon. Kalau ditanya watak idaman saya, saya sebenarnya suka membawakan watak komedi dan watak seorang perempuan yang sangat jahat. 

“Namun, saya sebenarnya tak kisah nak berlakon watak apapun asalkan saya boleh berlakon di dalam sesebuah cerita,” katanya. 

Ditanya siapakah pengarah kesukaannya, Yazmin rupanya menyimpan hasrat untuk bekerja bersama-sama pengarah terkenal Michael Ang.

“Sebenarnya saya banyak kali  sertai Michael Ang kalau dia sedang ‘live’ di Instagram. Mulalah saya  komen ‘ambil saya berlakon’ di sesi live itu. Kadang-kadang saya komen ‘ambillah saya berlakon, watak orang gaji Filipina pun tak mengapalah’,” katanya ketawa.

Menerusi filem 'Bunga dan Kayu', Yazmin memegang watak sebagai Pretty, iaitu kawan baik kepada Bunga lakonan Azira Shafinaz. Filem ini mengisahkan tentang percintaan kontrak antara Noah lakonan MK K-Clique dan Bunga. Noah yang juga merupakan seorang pelakon popular memencilkan diri di sebuah hotel lantaran skandal percintaannya yang sedang hangat diperkatakan. 

Semasa di hotel berkenaan, Noah bertemu Bunga dan mereka bersetuju untuk berlakon sebagai pasangan kekasih sebelum akhirnya masing-masing jatuh hati. 

'Bunga Dan Kayu' bakal menemui penonton pada Syawal ini iaitu bermula 3 Mei 2022. Anda boleh menyaksikannya di Pawagam Rumah Anda, Astro First, saluran 480.

Turut sama memeriahkan filem mini ialah Zalif Sidek, Azad Jasmin, Kazar dan Elly Arifin. - Getaran, 28 April 2022

Gambar: Instagram Yazmin Aziz, Astro


 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN