web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bangga Dengan Pencapaian Diri, Sherry Ibrahim Sudah Punya Single Baharu

Selepas menyertai The Masked Singer Malaysia Musim 2, Sherry mendapat peluang merakamkan single baharu, ‘Topeng’ bersama Caprice.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Apr 2022 6:45PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Biarpun terkandas pada minggu suku akhir sekali gus membantutkan peluangnya untuk melangkah ke minggu final program The Masked Singer Malaysia Musim 2 (TMSM 2), Sherry Ibrahim tetap berbangga dengan pencapaian dirinya itu. 

“Saya tidak pernah rasa bangga seperti ini. Sebab, ia sebuah pertandingan yang cukup sukar, mencabar dan saya juga tidak boleh berkongsi dengan sesiapa. 

“Walaupun saya minat menyanyi tetapi saya tidak pernah meletakkan diri saya di tempat yang tinggi. Tapi, menerusi program inilah, saya dapat menilai kebolehan diri saya saya sendiri. 

“Bahkan, ia juga telah membantu menambahkan lagi keyakinan saya untuk menjadi penyanyi dan terbaharu saya telah pun menukar profil di Instagram saya dengan menambah kerjaya penyanyi sebagai profesion selain daripada pelakon,” katanya kepada Getaran. 

Sherry juga menambah, selepas menyertai TMSM 2, dia telah pun mendapat tawaran daripada pihak tertentu untuk membuat persembahan nyanyian. 

"Saya juga turut mendapat tawaran untuk merakamkan lagu. Karya berjudul ‘Topeng’ itu adalah sebuah lagu duet bersama Caprice dan ia adalah ciptaan Farouk Roman. 

"Farouk yang hubungi saya, menawarkan lagu itu untuk saya nyanyikan. Farouk seorang komposer yang bagus dan lagunya juga sedap. 

"Awalnya, saya tidak tahu saya akan merakamkan lagu ini bersama Caprice dan kami merakamkan bahagian suara masing-masing pada waktu yang berbeza. 

"Alhamdulillah, saya gembira kerana semuanya dipermudahkan buat saya selepas TMSM 2, walaupun pada awalnya saya terpaksa melalui bermacam-macam cabaran seperti kematian kucing, sibuk dengan penggambaran serta menguruskan perniagaan salun. Saya juga tidak menjalani sebarang latihan vokal formal," katanya. 

"Kesibukan dengan penggambaran dan perniagaan sebelum ini membuatkan saya tidak punya banyak masa untuk menyanyi atau berkaraoke. 

"Masa saya masuk TMSM 2, baru saya sibuk berlatih menyanyi di karaoke. Sebab itulah, setiap lagu yang saya nyanyikan itu, separuh adalah pilihan saya sendiri dan separuh lagi pilihan pihak produksi. 

"Lagu yang paling susah dinyanyikan ialah lagu ‘GIG’ dan ‘Beggin'’. Macam lagu ‘Beggin'’, saya kena nyanyi dengan Ratu Semut dan saya tidak tahu siapa Ratu Semut dan macam mana bentuk vokalnya, masuk atau tidak dengan suara saya. 

"Tapi, saya tetap cuba dan usaha untuk berikan yang terbaik dan saya akui saya rasa cukup puas bila dapat menyertai dan beraksi dalam TMSM 2. 

"Dalam banyak-banyak pertandingan yang saya sertai dari kecil hingga besar, inilah pertandingan yang paling memberikan thrill dan kepuasan. 

"Memang saya fokus dengan TMSM 2 ini. Selain berpeluang untuk menyanyi dan beraksi dengan pelbagai lagu, saya juga terpaksa menyembunyikan identiti saya di sebalik topeng tanpa seorang pun mengetahuinya,” kata Sherry menutup bicara. - Getaran, 25 April 2022  



 

Gambar: Sherry Ibrahim 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Gara-Gara Ancaman ‘Pulas Telinga’, Caprice Gagal Ulas Isu Alif Teega

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Apa Kaitan Buat Muzik Video Dengan Perjuangan Islam?- Caprice

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Memasuki Usia 40 Tahun Dan Masih Belum Bertemu Jodoh, Sherry Ibrahim Tak Kisah Andai Digelar ‘Andartu’

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Dakwaan Caprice Tak Benar, Tiada Pilih Kasih Penunggang Motosikal ‘Kapcai’, Ducati

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN