web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Uyaina Arshad Akui Menyesal Pernah Mengagumi Siti Bainun

Sebagai pengacara yang pernah mewawancara Siti Bainun, Uyaina Arshad akui dia menyesal kerana pernah mengagumi orang yang tidak sepatutnya.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Apr 2022 6:45PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pengacara dan pelakon terkenal, Uyaina Arshad mengakui menyesal kerana pernah mengagumi Siti Bainun Ahd Razali yang pernah menjadi tetamu undangan rancangan kendaliannya iaitu Wanita Hari Ini. 

Siti Bainun merupakan pengasas Rumah Bonda yang kini menjadi OKT (Orang Kena Tuduh) kes penderaan kanak-kanak kurang upaya yang dikenali sebagai Bella.

Menurut Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 30, dia pernah mengagumi wanita berkenaan satu ketika dahulu.

“Pada ketika itu tahun 2020. Saya tak pernah mengenali Bainun sebelum ini. Bila dia datang studio kita sebagai pengacara kita temuramah dia. Ketika itu saya rasa sangat-sangat kagum dengannya kerana dia baru berusia 28 tahun pada ketika itu.

“Dia sanggup mengetepikan zaman muda dia untuk berbakti dan jaga anak-anak istimewa. Ini memang satu dalam sejuta. 

“Ketika itu saya bertanya pada diri saya,' aku pun sebaya dengan dia tapi apa yang aku telah bagi untuk berbakti kepada masyarakat'. 

“Tetapi sekarang selepas dua tahun, satu persatu terbongkar apa yang terjadi. Sudah tentu saya terkejut dan kecewa.  

“Pengajaran yang kita boleh dapat dari kejadian ini adalah jangan terlampau taksub dengan seseorang sebab sekarang ini sangat senang untuk taksub dengan orang. 

“Orang buat baik sikit kita ingat dia sangat-sangat baik. Setiap orang ada kekurangan, kelemahan dan sisi negatif tersendiri,” katanya ketika ditemui di majlis berbuka puasa anjuran Astro. 

Tambah Uyaina lagi, dia juga sama seperti netizen lain yang geram dengan apa yang berlaku terhadap kanak-kanak malang itu. 

“Selepas melihat apa yang terjadi kepada Bella, saya rasa sangat-sangat kesian. Apa yang netizen rasa itulah yang saya rasa, sebulat suaralah. 

“Kita semua rasa geram dengan isu yang berlaku kepada Bella. Tetapi disebabkan kes masih lagi berjalan di mahkamah dan dibicarakan, jadi agak tidak adil juga untuk kita terus bercakap itu ini,” ujarnya. 

Isteri kepada Raja Syahiran ini juga berharap kes ini dapat diselesaikan dengan segera dan pesalah akan mendapat hukuman setimpal.

“Saya harap yang salah itu akan mendapat hukuman semaksima yang mungkin. Tiada kompromi atau dikurangkan hukumannya. Dan semoga pihak yang teraniaya mendapat pembelaan dan kebenaran akan terbongkar,” katanya mengakhiri perbualan. - Getaran, 25 April 2022

Gambar : Instagram

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

5 Ditahan Bantu Siasatan Kes Kematian Rakan OKU

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Belum Ada Perkembangan Kes OKU Dipukul Pengiring Kenamaan – Peguam

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kertas Siasatan Kes OKU Dipukul Pengiring Kenamaan Dirujuk Ke AGC

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan, Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN