web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


"Asal Lembut Saja Orang Cop LGBT."

Video yang menelan belanja RM50 ribu itu juga mengambil ilham daripada video klip penyanyi Amerika Syarikat, Britney Spears.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Apr 2022 7:13PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri menegur tindakan segelintir pihak yang mengaitkan penari lembut di dalam video muzik terbaharunya itu dengan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Menurutnya lagi, penari di dalam single baru 'Kelepok Raya' itu merupakan penari profesional secara sambilan di Istana Budaya yang sudah berkeluarga dan bekerja sebagai askar. Bahkan, mereka juga sudah berkali-kali mengiringi persembahan ramai selebriti di acara anugerah berprestij tanah air.

“Saya dulu pun penari kebudayaan dan memang mencintai seni. Jadi bila saya ambil penari ini untuk video klip saya, saya faham yang mereka nakkan kebebasan.

“Saya benarkan mereka untuk menari dengan gaya mereka masing-masing dan bebas jadi diri sendiri. Mereka pula adalah penari profesional dari Istana Budaya dan pernah menjadi penari ramai artis dan anugerah berprestij. 

“Bukannya mereka buat perkara pelik seperti buka seluar. Sekadar solekan yang saya rasakan ramai penari Melayu lakukan perkara yang sama untuk teater dan tarian. Penari itu pun kami bayar mahal. Boleh beli satu kereta honda,” katanya ketika ditemui Getaran di Hotel Hilton, Petaling Jaya.

Isterinya, Datin Nur Shahida Mohd. Rashid yang turut sama menyanyikan lagu 'Kelepok Raya' menegaskan agar semua pihak berhenti mengaitkan penarinya dengan golongan LGBT.

“Penari kami bukanlah golongan LGBT. Saya sendiri dah berbual dengan mereka. Ada dalam kalangan mereka mempunyai isteri sedang mengandung, bekerja sebagai askar, ada seorang pensyarah, ada juga yang sudah berkahwin. 

“Kita tak boleh terus nak hukum orang asalkan lembut sahaja, mesti LGBT. Kita kena buang persepsi negatif itu,” tegasnya.

Video yang menelan belanja sebanyak RM50 ribu itu juga mengambil ilham daripada video klip penyanyi Amerika, Britney Spears. Bagi Aliff, itulah elemen yang menjadikan videonya mempunyai unsur seni dan membuatkannya tampil berbeza.

Dia juga turut menyangkal kritikan sesetengah pihak yang mengatakan suaranya tidak sedap didengari.

“Ada beberapa babak dalam video itu yang saya ambil daripada Britney Spears. Maklumlah, saya membesar pada zamannya dan sesekali membayangkan video klip saya akan menjadi ala-ala penyanyi itu.

“Saya pun tak bersetuju dengan kritikan yang cakap suara saya tak sedap. Kerana suara saya mempunyai keunikannya tersendiri. Saya dah nyanyi dua lagu trending dan masih dinanti-nantikan oleh semua. Suara saya ini suara emas. Saya adalah Sudirman nombor dua di Malaysia,” katanya. 

Sejak lagu tersebut mula dimuat naik di YouTube, ia mencatatkan lebih 200 ribu tontonan dalam masa sehari sekali gus mengalahkan artis lain yang turut melancarkan lagu pada hari yang sama.

'Kelepok Raya' menceritakan pertengkaran suami isteri untuk menentukan giliran rumah siapa mereka akan pulang meraikan lebaran. Lagu tersebut adalah hasil ciptaan Azmi Hassan dan video klip dihasilkan oleh Nazril Azri. - Getaran, 21 April 2022
 

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 tahun yang lalu

Selepas Berdekad Di Persada Seni, Search Akhirnya Tampil Dengan ‘Sujud Aidilfitri’

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Lagu Raya Bukan Sekadar Sedap Didengar, Tapi Perlu Ada 'Jiwa'

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerajaan Berpendirian Jelas Tidak Terima LGBT - Mohd Na'im

4

Semasa 2 tahun yang lalu

‘Abdul Syukur Terima Biasiswa Kerana Layak’ - MAIWP

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN