web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Amboi, Lain Macam Plat Kereta Hadiah Zul Ariffin Untuk Gayatri! 

Zul sendiri yang memandu kereta itu ke rumah Gaya untuk memberikan kejutan. 

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Apr 2022 3:36PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penerbit, Gayatri Su-Lin tidak mahu mengulas panjang sebab pemberian hadiah kereta mewah yang diberikan pelakon terkenal, Zul Ariffin pada Selasa.

“Kenapa dia bagi kereta itu lebih baik awak tanya sahaja kepada Zul. Saya hanya terima. Saya pun tak tanya kenapa dia bagi,” katanya ketika ditemui Getaran baru-baru ini. 

Namun begitu, penerbit yang selesa di sapa sebagai Gaya itu, terkejut dan tersentuh dengan pemberian tersebut selain mengakui ia adalah hadiah paling hebat pernah diterimanya sepanjang hayat. Apalagi kereta mewah itu merupakan jenama kereta kesukaannya.

“Zul sendiri memandu kereta itu ke rumah saya dan hadiahkan kepada saya,” katanya lagi yang sudah mengenal Zul secara dekat sejak sepuluh tahun lalu.

Getaran sempat juga melihat kereta yang dimaksudkan dan menyedari seolah-olah ada mesej romantis dan tersembunyi di sebalik pemilihan nombor plat itu.

“Saya tak tahu nombot plat itu kebetulan atau bagaimana. Itu kena tanya Zul. Tapi, ia hanyalah sekadar nombor plat.

“Tapi cantik kan? Tapi 3223 menurut kepercayaan Cina bermaksud panjang umur,” katanya.

Ditanya adakah Gaya dan Zul bakal mengakhiri hubungan persahabatan mereka di jinjang pelamin dalam masa terdekat, penerbit itu hanya tersenyum.

“Saya tak memberi apa-apa ‘hint’” jawabnya.

Terdahulu, Zul dan Gaya pernah menjalin hubungan cinta selama tiga tahun sebelum terputus di tengah jalan. Mereka bagaimanapun terus berkawan sehingga ke hari ini. Memandangkan mereka berdua agak rapat sejak sekian lama, keluarga mereka juga sudah saling mengenali antara satu sama lain. - Getaran, 21 April, 2022

Gambar: Facebook Gayatri Su-Lin Pillai

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN