web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ifa Raziah Nak Beri Motosikal RX-Z Hujung Minggu Ini

Mahu menarik golongan muda belia hadir ke StandVendors Mega Raya Fest yang akan berlangsung hujung minggu ini, Ifa Raziah tawarkan dua buah motosikal RXZ yang menjadi kegilaan anak muda masa kini. 

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Apr 2022 2:30PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selebriti popular dan pengasas StarVendors, Ifa Raziah mahu memberikan dua buah motosikal RX-Z kepada para pengunjung bertuah yang hadir ke acara yang bakal berlangsung pada 22 hingga 25 April 2022 ini bertempat di WTC Kuala Lumpur.

Dua buah motosikal RX-Z itu merupakan hadiah utama untuk cabutan bertuah yang akan menarik minat golongan muda untuk hadir ke acara ini nanti.

“Pengunjung hanya perlu membuat pembelian serendah RM50 dalam satu resit dari mana-mana gerai jualan yang ada serta membeli produk premium keluaran StarVendors bernilai RM10 bagi melayakkan mereka menyertai peraduan 'Shop & Win Havoc'.

Dengan adanya hadiah utama ini, kita dapat menarik lebih ramai pengunjung untuk datang terutama dalam kalangan generasi belia. Orang kata sambil membeli belah mereka berpeluang memenangi cabutan bertuah yang ditawarkan. Satu keluarga boleh datang, tak kira peringkat umur,” ujar Ifa ketika ditemui di majlis sidang media 'StarVendors Mega Raya Fest'.

Tambah Ifa lagi, sebenarnya ada pihak yang mahu menawarkan hadiah kereta, namun dia terpaksa menolak kerana merasakan motosikal RX-Z menjadi kegilaan anak muda.

Menariknya, selepas dua tahun acara ini tertangguh gara-gara pandemik COVID-19, tahun ini StarVendors bakal berlangsung selama 75 jam tanpa henti sekaligus bakal memecahkan rekod sebagai acara yang berlangsung paling lama. 

“Kita akan memecah rekod buat pertama kalinya di Malaysia dan akan dimasukkan di dalam ‘Malaysia Book Of Records’. Sebelum ini kita buat 72 jam, tetapi sudah ramai penganjur yang buat. Tahun ini kita mahu pecahkan rekod kita sendiri untuk buat selama 75 jam bermula jam 9 pagi pada 22 April dan akan tamat tepat jam 12 tengah hari pada 25 April,” kongsinya.

Menurut Ifa lagi, dia bersyukur kerana tahun ini StarVendors mendapat sokongan sepenuhnya oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan SME Corp Malaysia. 

“Sehari sebelum sidang media ini berlangsung saya telah dihubungi oleh pihak kementerian untuk hadir ke pejabat mereka. Rupanya mereka mahu memberikan dana kepada saya dan StarVendors. Setiap ‘booth’ yang dibuka di acara itu nanti, StarVendors akan mendapat dana sebanyak RM2100 x 250 buah gerai. 

Dan buat semua vendor yang telah bayar harga gerai, saya akan membayar balik kepada mereka sebanyak RM1750. Termasuklah kepada artis-artis yang saya berikan gerai percuma kerana saya telah dapat dana dari kerajaan. Buat apa saya nak makan seorang. Ini ibarat duit raya buat mereka,” katanya. 

Antara 55 selebriti popular yang akan menyertai StarVendors pada tahun ini adalah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Nur Fazura, Fattah Amin, Hanis Zalikha, Hairul Azreen, Datuk AC Mizal, Shaheizy Sam, Syatilla Melvin, Acey, Fad Bocey dan ramai lagi. - Getaran, 21 April 2022

Gambar: Instagram

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN