web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Saksi Tidak Hadir, Perbicaraan Kes Da’i Syed Ditangguh Ke 17 Mei

Kes pendakwah selebriti Da’i Syed yang didakwa atas dua pertuduhan melibatkan jenayah seksual di Mahkamah Sesyen di sini ditangguhkan ke Mei ini setelah saksi yang juga mangsa dalam kes itu tidak hadir pada prosiding hari ini.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Apr 2022 5:15PM

Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Perbicaraan kes pendakwah selebriti Da’i Syed yang didakwa atas dua pertuduhan melibatkan jenayah seksual di Mahkamah Sesyen di sini ditangguhkan ke Mei ini setelah saksi yang juga mangsa dalam kes itu tidak hadir pada prosiding hari ini.

Timbalan Pendakwa Raya Norhashimah Hashim memaklumkan kepada Hakim Jamaludin Mat mengenai ketidakhadiran saksi itu dan memohon tarikh perbicaraan selama lapan hari pada April dilapangkan sebelum perbicaraan bermula 17 Mei.

Peguam Syed Amirul Syed Edros yang mewakili Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, tidak membantah permohonan itu.

Mahkamah membenarkan permohonan itu dan menetapkan 17 Mei untuk tarikh perbicaraan seterusnya.

Mangsa yang merupakan seorang penuntut sebuah kolej swasta berusia 24 tahun sepatutnya hadir bagi memberi keterangan selaku saksi pendakwaan pertama dalam perbicaraan kes Syed Shah Iqmal, 27.

Pada 10 Dis 2020, Syed Shah Iqmal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii terhadap wanita berumur 22 tahun (ketika itu), di rumah sewa tertuduh di Damansara Perdana di sini, antara 3 hingga 4 pagi, 17 Okt 2020.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Sementara itu pada tarikh sama di Mahkamah Majistret, Syed Shah Iqmal turut didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa sama dengan maksud untuk mencabul kehormatannya, pada tarikh dan lokasi sama.

Pertuduhan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Pada 19 Mac 2021, Mahkamah Majistret membenarkan kes cabul yang dihadapi tertuduh dipindahkan ke Mahkamah Sesyen, untuk dibicarakan bersama. - Getaran, 20 April 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

3

Semasa 6 hari yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Semasa 6 hari yang lalu

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN