web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Zul Ariffin Hadiahkan Kereta Mewah Buat Gayatri 

Gayatri menerusi akaun Instagramnya dilihat memuatnaik sebuah video menunjukkan sebuah kereta mewah berwarna hitam yang dihadiahkan oleh Zul Ariffin.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Apr 2022 4:30PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon terkenal, Zul Ariffin telah membuat kejutan dengan menghadiahkan sebuah kereta mewah buat sahabat baiknya yang juga merupakan penerbit filem terkenal, Gayatri Su-Lin Pillai.

Menerusi hantaran terbaru di Instagram Gayatri, dia telah memuatnaik sebuah video menunjukkan kereta berwarna hitam yang dihadiahkan kepadanya.

“Saya kehilangan kata-kata. Tak pernah terbayang saya akan menerima hadiah hebat seperti ini. Terima kasih Zul Ariffin dari sudut hati saya," tulisnya di bahagian kapsyen.

Gayatri adalah insan yang banyak membantu menaikkan kerjaya Zul Ariffin dalam arena perfileman sehingga dia berjaya diangkat sebagai Pelakon Filem Lelaki Terbaik pada Festival Filem Malaysia tahun lalu menerusi lakonannya dalam filem 'Sangkar'.

Mereka berdua mula berkenalan selepas Zul terbabit dengan filem 'Penanggal' arahan Ellie Suriati. Selepas itu mereka mulai rapat dan menjalin hubungan cinta ketika terlibat dengan filem 'Bikers Kental'. 

Biarpun kini mereka telah membawa haluan masing-masing, namun mereka tetap bersahabat baik sehingga ke hari ini. 

Pemberian hadiah istimewa ini menunjukkan bahawa Zul merupakan seorang yang mengenang budi dan mahu membalas jasa baik teman yang banyak menyokong perjalanan kariernya sehingga berjaya seperti hari ini.

Semoga kalian berdua terus mengukir kejayaan dalam bidang seni dan sama-sama berjaya dengan kehidupan masing-masing. - Getaran, 20 April 2022

Gambar: Instagram

Berita Berkaitan

1

Seni & Hiburan 2 tahun yang lalu

"Saya Dah Jumpa Pilihan Yang Paling Tepat, Ibu Saya Sayang Dan Anggap Dia Seperti Anak" - Zul Ariffin

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Curi Lambang Hakim Untuk Dijadikan Hadiah, 2 Beradik Ditahan

3

TARA 2 tahun yang lalu

5 Hadiah Berteknologi Untuk Menutup Tirai Tahun 2023!

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Bell Ngasri Dapat Kereta Mini Cooper, Akui Tak Tidur Malam Terfikir Bakal Dapat Kereta Apa 

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN