web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Selepas Nabila Huda, Awal Ashaari Pula Dedah Kisah Peguam 

Pernah disaman RM3 juta, selebriti terkenal Awal Ashaari tampil berkongsi pengalamannya berhadapan dengan peguam yang dikatakan cuba menumpang glamor. 

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Apr 2022 11:09AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas aktres, Nabila Huda membuat perkongsian tentang pengalamannya berhadapan dengan peguam yang mahu ‘merompak’ duitnya bernilai RM900,000, kini seorang lagi selebriti terkenal iaitu Awal Ashaari berkongsi pengalamannya berhadapan peguam yang sama.

Menerusi sebuah hantaran di akaun Instagram, Awal mendedahkan bahawa dahulu peguam berkenaan sering memetik namanya dalam hantaran di media sosialnya kerana ingin menumpang glamor. Kini tiba gilirannya pula untuk berbuat perkara yang sama. 

“Selalu awak petik nama saya dalam social postings awak, sebab awak nak tumpang glamor saya. Tapi sekarang awak dah terkenal, izinkan saya pula tumpang glamor awak.

Cuma lepas ini jangan la awak guna posting ini untuk awak charge saya fitnah awak pula sebab awak glamor sebab tindakan awak sendiri, saya cuma nak menumpang glamor awak saja Saya repost saja apa yang awak pernah post pasal saya. 

Cuma saya harap kes saman saya 3 Juta tu awak tak buat Pro Bono (menawarkan khidmat guaman secara percuma) juga lah. Sekurang-kurangnya kena lah buat duit juga nak sara hidup kan. Menari di Tiktok tak dapat duit,” tulisnya dalam hantaran itu.

Peguam yang sama kini merupakan salah seorang dari 10 peguam yang mewakili Siti Bainun yang merupakan OKT dalam kes penderaan kanak-kanak kurang upaya yang dikenali sebagai Bella. 

Kes ini mendapat perhatian meluas dari seluruh rakyat Malaysia termasuklah selebriti tempatan yang tidak putus-putus memperjuangkan nasib kanak-kanak malang itu. Di media sosial juga, tanda pagar #JusticeForBella menjadi sohor kini di mana rata-rata rakyat Malaysia mahukan keadilan buat Bella.

Terkini, kes ini telah mendapat perhatian Istana Johor dan pihak istana telah pun berkenan untuk membantu mendapatkan khidmat peguam demi membela nasib adik Bella. - Getaran, 20 April 2022. 

Gambar: Instagram

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Getaran Tanyakan Episod 7

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Bicara Kes Pecah Amanah Najib, Mohd Irwan Ditangguh, Lebih 100 Dokumen Belum Disahkan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan, Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tulang Dijumpai Di Tongkang Pechah Milik Bella - Polis

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN