web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ahli 2NE1 Sampai Hilang Kasut, Persembahan Bikin Histeria Di Coachella!

Penonton juga sempat menangkap momen di mana salah seorang ahli mereka, Dara sempat kehilangan kasut semasa membuat persembahan!

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Apr 2022 8:34AM

Gambar: Twitter @2NE1Achievement

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setelah Bigbang membuat kemunculan semula awal bulan ini, siapa sangka sebuah lagi kumpulan legenda wanita Korea Selatan, 2NE1 mengorak langkah yang sama apabila membuat kejutan istimewa muncul di pentas utama festival muzik Coachella baru-baru ini.

Ia merupakan kemunculan pertama buat CL, Sandara Park, Park Bom dan Minzy di atas pentas setelah persembahan terakhir di Mnet Asian Music Awards (MAMA) pada tahun 2015.

Asalnya, CL yang juga merupakan ketua kumpulan 2NE1 memang diundang dan dijadualkan membuat persembahan solo pada slot Head in the Clouds 88Rising. Namun siapa sangka, tiga lagi ahli lain turut muncul di pentas dan menyanyikan lagu popular mereka ‘I Am the Best’ yang diterbitkan pada tahun 2011. 

Suasana di pentas Coachella bertukar gamat dan penonton nampak terkejut dengan kehadiran mereka di panggung. Meneliti beberapa komen di media sosial, rata-rata mengatakan persembahan mereka sangat bertenaga dan membuatkan para penonton bersorak histeria.

Bukan itu sahaja, apa yang lucunya, para penonton juga sempat menangkap momen di mana salah seorang ahli mereka iaitu Dara sempat kehilangan kasut semasa membuat persembahan setelah melakukan aksi tendangan di atas pentas. 

Acara muzik terbesar di Amerika Syarikat itu juga disiarkan secara langsung menerusi platform YouTube.

Persembahan mengejut ini secara tidak langsung menjadikan 2NE1 grup wanita Korea Selatan kedua yang membuat persembahan di Coachella selepas Blackpink.

Walaupun kehadiran mereka di pentas Coachella merupakan sebahagian daripada cadangan CL, namun setakat hari ini masih belum ada apa-apa khabar diterima mengenai naskhah terbaharu atau adakah mereka bakal bersatu kembali menjadi satu pasukan.

2NE1 debut pada tahun 2009 dan menjadi kumpulan wanita berpengaruh di Korea Selatan sejak itu.

Namun pada 2015, Bom terlibat dalam siasatan berkaitan dadah, membuatkan aktiviti kumpulan itu terhenti dan ahli-ahli lain mula bergerak solo. Pihak YG Entertainment mengumumkan pembubaran mereka pada tahun 2016. 

Tahun berikutnya, mereka sempat menyiapkan sebuah single bertajuk ‘Goodbye’ sebagai tanda selamat tinggal buat peminat mereka. - Getaran, 19 April 2022

Berita Berkaitan

1

TARA 4 tahun yang lalu

Mahu Bahagiakan Isteri Tanpa Guna Wang Atau Harta? Ini Caranya

2

Selebriti 4 tahun yang lalu

Gimik Milli Di Coachella Cetus Fenomena Pulut Mangga!

3

Selebriti 4 tahun yang lalu

Kamal Adli, Uqasha Senrose Nikah November Lalu

4

Muzik 5 tahun yang lalu

Festival Muzik Coachella Tahun Ini Dibatalkan

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN