web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Puteri Sarah Doakan Syamsul Yusuf Dan Ira Kazar Diberikan Hidayah

Mengakui rumah tangganya masih diganggu saat diri mahu mengerjakan ibadah umrah, Puteri Sarah Liyana akui sudah tidak mampu menahan sabar.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Apr 2022 8:59AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Nampaknya konflik yang melanda rumah tangga pasangan selebriti popular, Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof semakin berlarutan.

Menerusi luahan hati Puteri Sarah di InstaStory, dia kelihatan seperti sudah tidak lagi berdaya untuk menahan sabar kerana asyik diganggu oleh si perosak rumah tangga orang. 

“Assalamualaikum. Dari dulu hingga sekarang saya diganggu oleh akaun-akaun palsu dan komen-komen yang menyakitkan hati tetapi saya masih bersabar. Anda kacau mental saya dari 2019 lagi. Sampai kami sudah tidak tinggal sebumbung, tak puas hati lagikah? Bila kami berbaik, anda ugut suami saya pula. 

“Hari ini sewaktu saya sedang sibuk dengan anak-anak, tiba-tiba saya terima berita yang menyakitkan. Selama ini apa anda buat, anda kacau, saya diam sahaja sebab saya nak jaga nama baik keluarga. 

“Tapi kali ini rasanya anda sudah berlebihan. Siap cakap pasal anak-anak saya. Awak tu orang luar, tak perlu masuk campur. Apa yang terjadi sekarang, awak dan seluruh dunia hanya tahu pada luaran sahaja. 

“Kali ini cukuplah awak ganggu saya lagi-lagi bila saya nak pergi umrah. Empat tahun saya menanggung. Di bulan baik ini, saya doakan anda berdua, Ira Kaza dan suami saya diberikan hidayah. Berhati-hati doa orang yang teraniaya itu Allah makbulkan lagi-lagi di bulan puasa ini,” tulisnya di InstaStory. 

Dalam hantarannya yang lain, Puteri Sarah menyelar Ira Kazar sebagai perempuan tiada maruah kerana masih mengejar suami orang.

“Kalau tak silap awak dah ada teman lelaki kan Ira? Semuanya tak kekal. Mana pergi semua teman lelaki awak? Kenapa nak kejar suami orang lagi? Memang tak ada maruah ke hadap suami orang? Sebab nak harta dia? Jadilah matang dan bekerja. Saya pun bekerja cari duit sendiri. Jangan ambil jalan mudah, minta duit dekat suami orang. Selama empat tahun saya diam membisu, tetapi makin lama awak pijak kepala saya,” tulisnya. 

Sementara itu di bahagian komen gambar terbaru Puteri Sarah, kelihatan ramai netizen yang meninggalkan komen memberikan kata-kata semangat untuknya agar terus kuat mempertahankan rumah tangganya. 

Puteri Sarah dan Syamsul Yusof berkahwin pada 8 Mac 2014. Sepanjang lapan tahun perkahwinan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5 dan Sumayyah, 3. - Getaran, 17 April 2022

Gambar : Instagram Puteri Sarah

Isu Pada

Evolusi Pendidikan Islam

16 Apr 2022

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN