web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Selebriti Tempatan Ambil Peluang Tunai Ibadah Umrah Di Bulan Ramadan

Beberapa selebriti popular tanah air dilihat mengambil kesempatan untuk menunaikan ibadah umrah pada bulan Ramadan tahun ini selepas dua tahun tidak dapat ke Tanah Suci gara-gara pandemik COVID-19.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Apr 2022 8:28PM

Gambar: Instagram @daiyantrisha dan @saharulridzwan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sempena bulan Ramadan Al-Mubarak yang mulia ini, ramai umat Islam di seluruh dunia mengambil kesempatan untuk menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci Mekah selepas dua tahun tidak dapat ke sana gara-gara pandemik COVID-19. Tidak terkecuali selebriti-selebriti tempatan.

Kebanyakan mereka mengambil peluang untuk melakukan ibadah umrah sewaktu bulan Ramadan kerana selain dapat mengumpul pahala yang berlipat kali ganda, waktu inilah mereka mempunyai masa untuk berehat dari aktiviti seni.

Getaran senaraikan beberapa selebriti tempatan yang memilih untuk mengerjakan ibadah umrah pada Ramadan tahun ini. 

 

Datuk Nora Ariffin

Penyanyi yang terkenal dengan lagu 'Di Persimpangan Dilema' ini merupakan antara selebriti tempatan yang terawal menunaikan ibadah umrah pada Ramadan kali ini.

Beliau telah bertolak ke Tanah Suci Mekah bersama suami dan anak perempuannya pada 31 Mac yang lalu iaitu beberapa hari sebelum umat Islam menyambut Ramadan.

 

Saharul Ridzwan

Pelakon kacak ini turut tidak melepaskan peluang untuk mengerjakan ibadah umrah pada Ramadan tahun ini.

Saharul dilihat rajin berkongsi momen-momen dia dan isteri ketika di Tanah Suci termasuklah sewaktu majlis berbuka puasa. Saharul juga telah memotong rambut panjangnya ketika berada di sana. 

 

Naim Daniel

Sering kali dilihat sibuk dengan aktiviti seni di Malaysia, penyanyi dan pelakon popular, Naim Daniel mengambil peluang pada bulan Ramadan ini untuk melakukan ibadah Umrah.

Naim juga sempat berkongsi momen saat dia melawat makam baginda Rasulullah SAW di laman sosialnya.

 

Daiyan Trisha

Sama seperti Naim, Daiyan juga sering kelihatan padat dengan aktiviti seni dan mengambil peluang sempena Ramadan ini untuk menunaikan ibadah umrah buat pertama kali bersama keluarganya.

Dia juga sempat berkongsi foto bertemu dengan Naim di sana ketika sama-sama menunaikan ibadah umrah.

 

Zulin Aziz

Selebriti berbakat besar yang baru sahaja bergelar isteri iaitu Zulin Aziz dilihat sekali lagi berkunjung ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadah umrah.

Namun lebih manis pada kunjungan kali ini, dia ditemani oleh suami, sebelum ini Zulin dan pasangannya pernah menunaikan ibadah umrah bersama di mana dia telah dilamar oleh suaminya ketika itu. 

Semoga semua para selebriti kita mendapat ibadah umrah yang mabrur dan dipermudahkan segala urusan pergi dan pulang. - Getaran, 15 April 2022

Gambar : Instagram Selebriti

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN