web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kes Saman Pelakon Ben Amir Selesai, Setuju Bayar RM100,000 Kepada Syarikat Produksi

Pelakon yang didakwa melanggar perjanjian selepas enggan menjadual semula penggambaran drama yang tertangguh akibat COVID-19, bersetuju menyelesaikannya secara baik di Mahkamah Sesyen di sini.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Apr 2022 7:52PM

Gambar: Facebook Ben Amir

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kes saman difailkan sebuah syarikat produksi terhadap pelakon Ben Amir, yang didakwa melanggar perjanjian selepas enggan menjadual semula penggambaran drama yang tertangguh akibat COVID-19, diselesaikan secara baik di Mahkamah Sesyen di sini.

Penyelesaian kes itu dicapai oleh kedua-dua pihak selepas Ben Amir atau nama sebenarnya Muhammad Amir Sabaruddin, 32, selaku defendan bersetuju membayar RM100,000 kepada plaintif, Elisa Vision Sdn Bhd.

Berdasarkan perintah persetujuan itu, Hakim Tasnim Abu Bakar berkata Muhammad Amir perlu membayar RM100,000 secara ansuran sebanyak lima kali iaitu RM20,000 setiap kali bayaran bermula 10 Mei ini.

"Sekiranya defendan (Muhammad Amir) gagal membayar wang itu (RM100,000), maka jumlah asal yang dituntut plaintif dalam kes saman iaitu RM211,477 perlu dikembalikan oleh defendan," kata hakim itu yang kemudiannya merekodkan perintah persetujuan berkenaan.

Mahkamah turut merekodkan penarikan semula tuntutan balas difailkan pelakon drama 'Sweet Dreams' itu terhadap syarikat produksi tersebut. Hari ini ditetapkan untuk perbicaraan hari pertama kes saman itu.

Pada Mac tahun lepas, Elisa Vision memfailkan saman itu setelah mendakwa pelakon berkenaan melanggar perjanjian selepas enggan menjadual tarikh baharu penggambaran drama bersiri bertajuk 'Demi'.

Berdasarkan pernyataan tuntutan, plaintif berkata penglibatan defendan dalam penggambaran drama tersebut adalah sebanyak 13 hari membabitkan 85 babak bagi tiga episod.

Bagaimanapun, plaintif mendakwa ketika penggambaran di Scotland, pandemik COVID-19 mula melanda namun penggambaran masih diteruskan dengan mengambil langkah berjaga-jaga dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Plaintif mendakwa pada 27 Mac 2020, defendan telah pulang ke Malaysia meninggalkan kesemua krew produksi dan pelakon tanpa pengetahuan plaintif dan defendan sendiri mengakui telah melanggar jadual produksi apabila pulang awal ke Malaysia ketika ditemu bual oleh pengacara rancangan Melodi yang bersiaran pada 12 April 2020.

Plaintif berhasrat menyambung penggambaran drama itu di Malaysia pada 4 Jan hingga 14 Feb 2021, namun defendan melalui surat bertarikh 14 Okt 2020 menerusi pihak pengurusannya SJ Global telah menyatakan keengganan untuk menjadual tarikh baharu pengambaran dan menyatakan perjanjian tersebut telah ditamatkan.

Oleh itu, plaintif telah mengalami kerugian dan menuntut antaranya ganti rugi RM211,477.08, faedah, kos dan relif lain yang sesuai oleh mahkamah.

Sementara itu, Muhammad Amir ketika ditemui pemberita selepas prosiding hanya berkata "selesai secara baik" manakala penerbit Elisa Vision Sdn Bhd, Datin Mahfuzah Zakkiah Abdain menzahirkan kesyukuran kerana kes saman itu dapat diselesaikan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Rafizi Arah Pasukan Guaman Saman Wan Ahmad Fayhsal

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

4 Pelakon Sado Dan Kacak Ini Dikaitkan Dengan Kes Pukul Kekasih

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Pelakon Filem Paku Tanah Jawa, Masayu Anastasia Kagumi Maya Karin 

4

Politik 1 tahun yang lalu

Kerajaan Kemuka Usul Rujuk Wan Saiful Ke Jawatankuasa Parlimen Isnin Ini

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN