Berita Terkini

4 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Datin Rita Sosilawati Terkejut Dilamar Jadi Duta

Namanya gah di lapangan industri kosmetik, namun usahawan terkenal Datin Rita Sosilawati akui terkejut saat pertama kali dilamar untuk menjadi duta kepada jenama lain. 

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Apr 2022 4:30PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Usahawan kosmetik terkenal, Datin Rita Sosilawati mengakui terkejut tatkala dirinya dilamar untuk menjadi duta kepada kedai barangan elektrik E.S.H. sempena Syawal 2022.

Menurut Datin Rita atau nama sebenarnya Erni Dekritawati Yukiani Buhari, beliau menyedari dirinya bukanlah selebriti disebabkan itu dia sangat terkejut apabila dilamar untuk menjadi duta. 

“Ini adalah kali pertama saya menjadi duta. Tawaran ini adalah sesuatu yang tidak disangka-sangka kerana saya bukan artis. Saya tanya kepada pihak E.S.H kenapa mereka memilih saya?

Kata mereka saya melambangkan semua wanita yang bekerjaya tetapi masih menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu di rumah dengan melakukan kerja-kerja rumah seperti memasak dan menggunakan pelbagai barang elektrik dalam rutin harian saya.

Saya juga tidak sangka pemilik E.S.H sendiri merupakan salah seorang pengikut saya di Instagram. Dia selalu tengok saya masak dan dari situ dia lihat macam mana saya gunakan barang-barang elektrik,” katanya ketika ditemui di majlis berbuka puasa dan memperkenalkannya sebagai duta E.S.H.

Tambah Datin Rita lagi, dia menganggap pelantikannya sebagai duta ini sebagai satu lonjakan dalam hidupnya kerana sebelum ini dia hanya dikenali sebagai usahawan kosmetik dan fesyen. 

“Tidak dinafikan produk kecantikan adalah nyawa untuk saya kerana dengan produk itulah saya bertahan sehingga sekarang. Tetapi bila ada jenama lain yang melamar kita untuk menjadi duta, saya rasa ini adalah satu rezeki yang sangat besar dengan umur saya yang bukannya muda lagi,” katanya.

Sebagai duta, Datin Rita akan terlibat dengan program-program yang diaturkan oleh E.S.H termasuklah program amal yang akan dijalankan sepanjang bulan Ramadan ini. 

“Kami akan sumbangkan barang-barang elektrik kepada mereka yang memerlukan seperti mang-mangsa banjir yang melanda negara baru-baru ini. Pihak E.S.H telah mengenal pasti 200 buah keluarga yang terjejas dan akan menyediakan barang elektrik yang diperlukan mereka seperti periuk nasi, dapur gas dan sebagainya.

Kita berikan apa yang mereka perlukan, bukan kita beri apa yang kita nak beri,” kongsinya.

Dalam perkembangan lain, Datin Rita juga akan mula menceburkan diri dalam bidang penerbitan filem dan sudah pun mendapatkan lesen dari pihak FINAS. 

“Kita memang tengah dalam perancangan untuk menghasilkan filem. Sekarang ini saya sedang belajar tentang selok-belok dunia penerbitan filem. Saya tidak mahu masuk ke dalam industri ini secara semberono tanpa ilmu.

"Saya bukan jenis orang yang akan terjah sahaja. Saya akan belajar apa yang saya betul-betul nak buat,” ujarnya. 

Tahniah diucapkan kepada Datin Rita. Semoga terus memperkasakan kaum wanita dan menjadi contoh kepada wanita di luar sana untuk terus bekerja keras dan mencapai cita-cita. - Getaran, 12 April 2022

Gambar: Instagram & PR

Berita Berkaitan

1

Refleksi 1 bulan yang lalu

Bina Iman Untuk Ramadan, Lupakan Sementara Bina Otot - Murad

2

Kisah Kita 1 bulan yang lalu

Sukar Diperoleh, Namun Suami Isteri Pastikan Bekalan Buah Kabung Tersedia Setiap Ramadan

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Hayati Semangat Ramadan, Santuni Golongan Kurang Bernasib Baik - PM

4

Semasa 1 bulan yang lalu

1 Ramadan Ditetap 12 Mac - Syed Danial

Sorotan

1

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

2

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

3

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

4

Lebih 50,000 Kampit Beras Putih Tempatan Diagih Hingga 22 April - LPP

5

Sungai Golok Surut, Tidak Mustahil Wujud Pangkalan Haram Baharu – Kastam

6

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

Disyorkan untuk anda

Selebriti 3 jam yang lalu

Adira Sah Bercerai

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 19 jam yang lalu

Siti Saleha Berjaya Takluki Puncak Gunung Kinabalu

Pelakon jelita berkenaan berkongsi kejayaannya itu di akaun media sosial miliknya

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Filem & TV 1 hari yang lalu

Selepas Papar Sisi Gelap PDRM, Netizen Mahu Syafiq Buat Filem SPRM, JPJ 

Sheriff:Narko Integriti berjaya peroleh kutipan RM16.3 juta selepas empat hari ditayangkan 

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 hari yang lalu

Industri Hiburan Penghubung Antara Malaysia Dan China – Shila Amzah