web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Shahrulezad Mahu Lihat Karya Lamanya Diterbitkan Semula Generasi Baharu

Pengarah terkenal, Shahrulezad teringin melihat karya-karya popularnya seperti 'Sutun', 'Emil Emilda' dan drama-drama Ramadannya dibikin semula oleh pengarah baharu.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Apr 2022 1:35PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pengarah dan penerbit terkenal, Shahrulezad Mohameddin memasang impian untuk melihat karya-karya hasil tangannya yang terdahulu diterbitkan semula oleh generasi baharu. 

Antara karya-karya beliau yang masih menjadi bualan sehingga ke hari ini ialah 'Kerana Cintamu Saerah', 'Seputih Qaseh Ramadan', 'Ramadan Yang Hilang', 'Sutun', 'Emil Emilda', 'Sindarela' dan banyak lagi.

“Kenapa tidak drama-drama yang ikonik seperti 'Seputih Qaseh Ramadan', 'Syurgamu Ramadan', 'Emil Emilda', 'Sindarela' dan sebagainya kita remake balik tetapi dengan garapan pengarah baharu,” katanya ketika ditemui di majlis berbuka puasa di Cyberjaya. 

Katanya lagi dia tidak kisah andai garapannya dan sentuhan pengarah baharu bakal menjadi perbandingan penonton kerana percaya setiap pengarah ada sentuhannya yang tersendiri.

“Mereka mungkin ada idea yang lain. Mana mungkin saya remake drama saya sendiri. Biarlah saya jadi penerbit sahaja. Saya juga mahu lihat pelapis-pelapis baharu dalam bidang pengarahan. Kalau drama Korea kita boleh remake dan berjaya, takkan drama Melayu tak boleh?,” ujarnya.

Sejak kebelakangan ini, syarikatnya iaitu Radius One banyak menerbitkan drama yang bertemakan kecurangan. Pernah mencipta fenomena tahun lalu menerusi drama 'Takdir Yang Tertulis', tahun ini Radius One tampil dengan dua drama baharu yang berkisarkan tentang pasangan yang curang untuk dua stesen TV yang berbeza iaitu 'Dendam Seorang Isteri' untuk tayangan Astro Prima dan 'Khilaf Asmara' untuk tayangan TV3.

Ditanya kenapa tema tentang kecurangan yang menjadi pilihan, kata Shahrulezad itu adalah kehendak stesen TV dan penonton. 

“Kalau tanya saya, sebenarnya saya sudah muak dengan cerita tentang isu kecurangan. Sebab itu saya tidak arahkan drama-drama ini. Saya beri peluang kepada Uchee dan Nizam Zakaria. Tetapi saya pun tak tahu kenapa setiap kali kami buat drama yang bertemakan kecurangan, rating pasti tinggi.

Berbalik kepada drama 'Dendam Seorang Isteri' dan 'Khilaf Asmara', temanya sama tentang kecurangan. Pelakonnya juga sama iaitu Fasha Sandha. Cuma wataknya terbalik. Satu dia jadi baik dan satu lagi dia jadi perampas. Drama 'Dendam Seorang Isteri' mencatat rating yang sangat baik. Maknanya orang masih nak tengok tema sebegini,” jelasnya. 

Namun kata Shahrulezad, dia turut menghasilkan drama lain yang lari dari tema kecurangan seperti 'Scammer' musim kedua yang bakal ditayangkan tidak lama lagi. - Getaran, 12 April 2022.

Gambar: Instagram dan Google

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Pengarah Telefilem Kesal Masih Belum Terima Imbuhan Dana RM200,000 Dimenangi Di ASA2022

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Masih Sedih Dengan Pemergian Ibu Bapanya Akibat Kanser - Liyana Jasmay Akui Mula Ambil Berat Tentang Status Kesihatan 

3

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Filem Zim Zim Ala Kazim - Mawi Terkejut Ustaz Kazim Elias Boleh Berlakon Dengan Baik  

4

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Asalnya Untuk Tayangan Astro First, Tapi Filem Zim Zim Ala Kazim Arahan Mawi Akan Ditayangkan Di Panggung Terlebih Dahulu 

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN