web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Salamiah Hassan Sambut Ramadan Dan Lebaran Di Rantau Orang 

Ibu kepada Atilia Haron itu kini berada di Melbourne untuk menyambut ramadan dan lebaran bersama anak saudaranya. 

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Apr 2022 5:44PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kedatangan ramadan dan lebaran pada tahun ini memberikan seribu makna buat penyanyi senior bersuara emas, Salamiah Hassan kerana akhirnya dia dapat mengunjungi anak saudaranya di Melbourne, Australia. 

“Sudah lama sebetulnya dia ajak saya datang bercuti di sana. Tapi, sebelum ini saya sibuk dan kemudian kita berhadapan pula dengan COVID-19. 

“Sepanjang dua tahun kita tidak dapat melakukan apa-apa atau ke mana-mana kerana perlu mengikuti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 

“Jadi, bila sempadan antarabangsa sudah mula dibuka, saya pun fikir, kenapa tidak saya sambut ramadan dan raya ini bersama dia (anak saudara) di Melbourne.

“Kebetulan, tawaran menyanyi pun masih tidak banyak lagi. Jadi, saya boleh ambil peluang ini untuk bercuti dan berehat di sana,” katanya kepada Getaran. 

Ibu kepada penyanyi Atilia Haron ini juga mengakui walaupun negara sedang melalui Fasa Peralihan ke Endemik, namun sebahagian anak seni masih lagi bergelut untuk mencari rezeki dan peluang menyanyi. 

“Kalau ada tawaran pun, ia perlu melalui beberapa pihak. Akhirnya, bahagian yang tinggal untuk artis itu tidaklah besar mana pun.

“Inilah senario yang banyak berlaku sekarang ini. Mungkin orang betul-betul tengah susah sekarang. Tapi, tak usahlah ambil kesempatan sehingga begitu sekali kepada golongan artis,” katanya lagi.

Ditanya pengalaman pertamanya berlakon dalam drama 'Cincin Pusaka' arahan Shuhaimi Lua pada penghujung tahun lalu, Salamiah berkata, ia suatu pengalaman yang menyeronokkan. 

“Saya berlakon bersama Ziana Zain dan Jasmin Hamid. Tapi, bila tiba giliran saya berlakon, saya tidak dapat buat kerana asyik ketawa. 

“Kalau orang tanya saya mahu berlakon drama lagi atau tidak, saya akan kata tidak. Tapi, kalau ia watak komedi saya akan terima,” katanya sambil tersenyum. - Getaran, 11 April 2022

Gambar: IG Salamiah Hassan 

Berita Berkaitan

1

Rencana 3 bulan yang lalu

Ramadan: Waktu Menyemai Disiplin Jiwa, Pembebasan Hati

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Rakyat Manfaat SARA Untuk Persiapan Tahun Baharu Cina, Ramadan

3

Refleksi 2 tahun yang lalu

Bina Iman Untuk Ramadan, Lupakan Sementara Bina Otot - Murad

4

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Sukar Diperoleh, Namun Suami Isteri Pastikan Bekalan Buah Kabung Tersedia Setiap Ramadan

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN