web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Harris Alif Rindu Anak, Selalu 'Facetime' Waktu Penggambaran

Melakukan penggambaran di beberapa lokasi berbeza membuatkan penyanyi itu khuatir dengan keadaan keluarga kecilnya di rumah.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Apr 2022 5:42PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Rutin hidup penyanyi dan pengacara Harris Aliff berubah serta-merta semenjak bergelar bapa kepada puteri sulungnya, Evie Khadeeja. 

Jika dahulu penyanyi itu tiada masalah untuk menjalankan penggambaran di mana sahaja, kini banyak perkara perlu difikirkan apalagi jika berjauhan dengan isteri dan anak yang baru lahir Januari lalu. 

Mengacarakan program terbaharu 'Jalan-Jalan Ramadan' di beberapa lokasi sekitar Malaysia yang membuatkannya jauh dengan keluarga, Nor Harris Alif Nor Rashid tidak menafikan perasaan rindu dan khuatir akan keadaan keluarga kecilnya di rumah.

“Bila sudah mempunyai anak, perasaan saya jadi lain. Jika berada di luar rumah, saya selalu rasa nak balik. Sangat mencabar rupanya jika tidak dapat melihat isteri dan anak di depan mata.

“Selalunya kalau ada waktu rehat semasa penggambaran, saya memang akan Facetime Intan untuk tengok macam mana keadaan anak. Mujurkan isteri saya rajin memberikan saya video dan foto anak kepada saya,” katanya kepada Getaran semasa sesi sidang media dalam talian program 'Jalan-jalan Ramadan' baru-baru ini.

Tambah mencabar lagi, pelantun lagu 'Anugerah' itu mengakui risau sekiranya penggambaran dilakukan di kawasan kampung yang tidak mempunyai jaringan internet yang kuat. 

“Awal-awal dulu, memang saya risau jika lokasi penggambaran dilakukan di kawasan yang tiada line. Kadangkala Intan nak telefon pun tak boleh.

“Namun kami sudah boleh beradaptasi dengan keadaan ini dan anak saya pun sudah makin besar. Mujurlah ibu tinggal berdekatan dan boleh tengokkan Intan di rumah,” katanya.

Bakal menyambut lebaran bersama puteri sulung buat pertama kali, Harris mengakui teruja untuk pulang ke kampung bersama keluarga kecilnya memandangkan keadaan pandemik sudah semakin terkawal.

Namun begitu, mereka tetap berwaspada dengan melarang orang ramai untuk sembarang mencium puterinya kerana malang tidak berbau.

“Lebaran ini, saya dan isteri akan buat SOP sendiri kerana jika terjadi apa-apa kepada Evie Khadeeja, kami yang kena bertanggungjawab. Mungkin nak pegang Evie Khadeeja tak ada masalah. Tapi kalau nak cium, mungkin tidak,” tambahnya lagi.

Harris masih berbaki dua episod untuk menyelesaikan penggambaran 'Jalan-jalan Ramadan' yang menceritakan budaya, masakan serta aktiviti menarik masyarakat pada bulan Ramadan.

Episod pertama rancangan ini sudah pun menemui penonton bermula 2 April lalu dan masih ditayangkan setiap Sabtu, Jam 7:30 malam di TV9. 

Untuk rekod, Intan dan Harris sah menjadi suami isteri pada 5 Februari 2021.

Pasangan itu kemudian dikurniakan anak sulung, Evie Khadeeja yang dilahirkan 31 Januari lalu. - Getaran, 11 April 2022

Gambar: Instagram Intan Ladyana

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Intan Ladyana Selamat Lahirkan Anak Kedua

2

Selebriti 4 tahun yang lalu

“Senang Daddy Ingat Birthday” - Ernie Zakri, Syamel Sambut Bayi Sulung

3

Selebriti 4 tahun yang lalu

Kaka Azraff Selamat Lahirkan Bayi Kedua Pada 22.2.2022

4

Selebriti 4 tahun yang lalu

Intan Ladyana Selamat Lahirkan Bayi Perempuan

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN