Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Emma Maembong Hampir Tarik Diri Kerana Watak Isteri Pendera 

Sepanjang penglibatan selama 13 tahun menjadi pelakon, Emma mengakui bahawa inilah kali pertama dia diberikan watak yang cukup berbeza dalam ‘Nusyuz Berkiblat Cinta’. 

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Apr 2022 8:36AM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Membawakan watak sebagai isteri yang baran dan gemar membuli serta mendera suami dalam drama ‘Nusyuz Berkiblat Cinta’ bukanlah suatu tugas yang mudah buat Emma Maembong.

Bahkan, pelakon comel ini mengakui bahawa dia hampir sahaja menarik diri daripada membintangi drama siri mini arahan Hadith Omar itu. 

“Sepanjang penglibatan selama 13 tahun dalam industri hiburan tanah air, inilah kali pertama saya diberikan peranan yang cukup berbeza daripada karektor sebenar saya. 

“Saya beritahu Hadith saya mahu tarik diri daripada menerima peranan ini kerana saya rasa saya tak mampu bawakan watak ini. Ia terlalu ekstrim buat saya. 

“Waktu itu saya dan Hadith sedang sama-sama sibuk dengan penggambaran lain. Dia beritahu saya, nantilah dia akan fikir tentang hal itu,” katanya kepada Getaran. 

Menurut Emma lagi, setelah diyakinkan untuk membawa watak ini, dia tidak menjangkakan wataknya sebagai Hawa, seorang isteri pembuli adalah sedalam dan seteruk itu. 

“Tapi, saya telah berusaha melakukan yang terbaik. Semua orang di set pun tahu bagaimana gusar dan bergelutnya saya untuk membawakan watak tersebut. 

“Berhari-hari juga saya bergelut kerana saya sukar mendapat feel watak saya ini. Setiap kali selesai babak saya, saya akan pandang muka pengarah. 

“Kalau dia berikan muka yang tidak puas hati, bermakna lakonan saya tidak menjadi. Hinggakan saya jadi bingung dan terfikir, bagaimana saya nak buat karektor ini? 

“Kemudian ada sekali tuh, dia (Hadith) sedang berborak rancak dengan seseorang di set dan tiba-tiba ada seseorang lalu dan melakukan sesuatu yang dia tidak suka. 

 “Reaksi wajahnya terus berubah. Saya terfikir, oh cepatnya dia berubah dan saya juga tidak sangka ada orang yang seperti ini,” katanya.

Jelas Emma lagi, dia menganggap kemampuan pengarahnya, Hadith untuk menukar karakternya dengan begitu pantas adalah sesuatu yang menarik. 

“Dari situ timbul idea untuk menerapkan karektor pengarahnya itu ke dalam watak Hawa. Ya, memang saya jadikan dia sebagai sumber rujukan. 

“Namun, saya juga turut gabungkan elemen-elemen lain dengan melihat keadaan dan orang yang di sekeliling saya termasuk diri saya sendiri untuk saya jayakan watak ini. 

“Tapi, pengarah saya tidaklah sampai pukul-pukul orang. Cuma ekspresi wajahnya yang pantas berubah itu sahaja yang saya ikut,” katanya. 

Emma bagaimanapun mengakui bahawa dia perlu mengawal emosi supaya tidak terbawa-bawa sikap Hawa di luar set sehinggalah ke rumah. 

“Saya tak terbawa-bawa watak ini sehingga mahu memukul suami di rumah. Namun, saya akui sejak menjayakan drama siri mini ini, saya jarang luangkan masa dengan suami dan anak saya. 

“Mungkin sebab saya terlalu stress dengan watak ini. Jadi, bila pulang ke rumah, saya akan tenangkan diri saya dan tidur,” katanya.

Buat pertama kali dalam hidupnya bergelar seorang pelakon, Emma mengakui setiap hari dia akan membaca skrip ‘Nusyuz Berkiblat Cinta’ demi menjayakan watak Hawa. 

“Seperti yang saya jelaskan sebelum ini, saya tidak pernah mendapat watak sebegini. Selalunya, saya yang akan dipukul atau menjadi mangsa keadaan. 

“Ia suatu kebiasaan sehingga ia tidak begitu memerlukan saya untuk melihat skrip. Tapi, dalam ‘Nusyuz Berkiblat Cinta’, orang lain sedang sibuk berehat untuk makan tengahari dan malam pun, saya masih lagi pegang dan baca skrip. 

“Sebab watak Hawa ini bukanlah watak perempuan yang baran. Tapi, dia gemar menyindir dan memerlukan ekspresi wajah yang berlebihan dengan karakter yang berubah-ubah. 

“Inilah drama yang paling banyak saya kena tegur dengan pengarah. Selalunya, setiap kali berlakon, pengarah akan berikan pujian dengan kata-kata bagus atau saya suka. Tapi, untuk drama ini, saya jarang dapat pujian. 

“Jadi, saya harap, dalam drama ini, penonton dan rakan media akan dapat melihat kelainan watak dan lakonan dalam diri saya. Yang penting ramai yang membantu di set untuk saya menjayakan watak ini,” katanya lagi. 

Selain Emma Maembong, 'Nusyuz Berkiblat Cinta’ turut dibintangi Fikry Ibrahim sebagai Adam, Nadhir Nasar (Erfhan) dan Shaza Bae sebagai (Safiana) serta dibantu barisan pelakon lain seperti Dayana Roza, Yaya Maembong, Ako Mustapha dan Datuk Jalaluddin Hassan.

Drama ini mengisahkan dua pasangan suami isteri, Adam dan Hawa, serta Erfhan dan Safiana. Apabila Hawa mendapat tahu yang Safiana menjadi mangsa keganasan rumah tangga, dia membuat keputusan untuk mengawal rumah tangganya sendiri dan bertegas untuk tidak tunduk sedikitpun pada suaminya. 

Hawa menetapkan syarat dalam perkahwinannya bersama Adam hingga Adam sanggup mengetepikan keluarga dan kawan-kawannya demi Hawa. Tanpa disedari, Adam dikawal sepenuhnya oleh Hawa.

Malang sekali, keadaan tidak berubah untuk Safiana apabila dia seringkali didera dari segi emosi, fizikal dan seksual oleh Erfhan. Patutkah Adam dan Safiana terus kekal dalam perkahwinan masing-masing? Adakah Hawa dan Erfhan akan berubah menjadi pasangan yang lebih baik?

Drama ‘Nusyuz Berkiblat Cinta’ sudah mula ditayangkan di saluran Astro Ria sejak 3 April hingga sehingga 15 April serta boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel. - Getaran, 11 April 2022

Gambar: Astro 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 11 bulan yang lalu

Saya Tak Menangis Atau Tumpah Darah, Semua Itu Fake! - Emma Maembong Tidak Faham Kenapa Isunya Berpantang Jadi Viral 

2

Selebriti 11 bulan yang lalu

Selamat Melahirkan Baby Boy, Emma Maembong Namakan Cahaya Mata Keduanya Shakil Aryan Shah

3

Selebriti 11 bulan yang lalu

Semoga Rakyat Malaysia Bebas Hutang, Jalaluddin Hassan Bangga Berkolaborasi Dengan Angkasawan Negara Dan Faizal Tahir

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

Muat Naik Gambar 'Maternity Photoshoot', Netizen Minta Emma Maembong 'Sellotape' Pusat Terjojol 

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Muzik 7 jam yang lalu

Konsert Aina Abdul Penanda Aras Baharu MPO - Konduktor

Selebriti 1 hari yang lalu

Aiman, Zahirah Bakal Timang Anak Perempuan

Berita gembira itu dikongsi menerusi video yang dimuat naik di akaun Instagram

oleh Wartawan Getaran

Filem & TV 15 jam yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

‘Sheriff’ dianggap melawan arus apabila Syafiq berani menghasilkan filem yang membuka pekung dan mendedahkan sisi gelap pegawai polis 

oleh Helmi Anuar

Muzik 1 hari yang lalu

Alamak Raya Lagi! Terus Mendunia, Tular Sana-Sini 

oleh Rahayu MN