web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Will Smith Disekat Anugerah Oscar Selama 10 Tahun

Padah menampar Chris Rock, Will Smith dikenakan tindakan disiplin oleh jawatankuasa Oscar.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Apr 2022 1:53PM

Gambar Fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Will Smith diharamkan daripada menghadiri Anugerah Oscar untuk 10 tahun ke hadapan, dua minggu selepas pelakon itu menggemparkan dunia dengan menyerbu pentas di pertengahan majlis untuk menampar Chris Rock.

Smith juga dilarang untuk menghadiri mana-mana majlis anjuran Academy of Motion Picture Arts and Sciences (Akademi) sepanjang dekad yang akan datang.

Pun begitu, Lembaga Pengarah mengambil keputusan untuk tidak membatalkan anugerah pelakon terbaik yang dimenangi Smith pada bulan lalu untuk filem King Richard atau menghalangnya daripada sebarang pencalonan atau kemenangan Oscar pada masa hadapan.

“Lembaga memutuskan untuk tempoh 10 tahun mulai 8 April 2022, Smith tidak dibenarkan untuk menghadiri sebarang acara atau program Akademi, secara fizikal atau maya, termasuk Anugerah Oscar,” tulis presiden, David Rubin dan CEO, Down Hudson dalam sepucuk surat.

Dalam satu kenyataan ringkas kepada penerbitan di Hollywood, Smith berkata, “Saya menerima dan menghormati keputusan Akademi.”

Governors from the Academy - kumpulan paling prestij di Hollywood yang terdiri daripada kira-kira 10,000 pembuat filem yang menganjurkan majlis anugerah ini – bersidang pada pagi Jumaat untuk membincangkan tindakan tatatertib terhadap Smith.

Pada awalnya, mesyuarat ahli-ahli tertinggi itu ditetapkan untuk membincangkan penggantungan atau penyingkiran Smith, tetapi dia terlebih dahulu meletakkan jawatan daripada kumpulan tersebut.

Para pelakon tidak perlu menjadi ahli Akademi untuk menerima pencalonan, walaupun pencalonan dan pemenang setiap tahun diundi sesama ahli Akademi.

“Oscar ke-94 bertujuan untuk meraikan individu-individu dalam komuniti kita yang melakukan pekerjaan luar biasa tahun lalu.

“Namun, momen itu dibayangi oleh tingkah laku yang tidak boleh diterima dan berbahaya yang kami lihat Smith pamerkan di atas pentas,” petik surat itu.

Tambahnya, “Tindakan yang kami ambil hari ini merupakan tindak balas terhadap perilaku Smith sebagai satu langkah ke arah matlamat yang lebih besar bagi melindungi keselamatan para pemain industri dan tetamu serta memulihkan kepercayaan terhadap Akademi.

“Kami juga berharap ia boleh memulakan proses penyembuhan dan pemulihan untuk semua yang terlibat dan terjejas.”

Di perkhabaran yang lain, ada pihak yang menggesa agar Smith dilucutkan kelayakan untuk trofi pelakon terbaiknya, yang dimenanginya untuk lakonan dalam filem King Richard, kurang sejam selepas menampar Rock di pentas yang sama.

Abang mangsa, Kenny Rock memberitahu Los Angeles Times bahawa Smith 'memperlekehkan Chris Rock di hadapan berjuta-juta orang yang menonton rancangan itu.'

Namun, penarikan semula trofi Smith dianggap sesuatu yang tidak mungkin berlaku kerana pelakon-pelakon seperti Harvey Weinstein dan Roman Polanski tidak dibatalkan trofi Oscar mereka semasa mereka disingkirkan dari Akademi berikutan skandal serangan seksual.

Tradisinya, pemenang bagi trofi pelakon lelaki terbaik diundang semula untuk menyampaikan trofi pelakon wanita terbaik pada tahun berikutnya, suatu penghormatan yang tidak akan diberikan kepada Smith. – AFP, 9 April 2022

Isu Pada

Zee Avi Masih OK!

09 Apr 2022

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 2 tahun yang lalu

‘Penggantungan Awesome TV Tidak Beretika, Salahi Undang-Undang’ - Adam 

2

Politik 2 tahun yang lalu

Selepas Iskandar Dzulkarnain, BERSATU Gantung Suhaili Pula

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Lesen Perkhidmatan Udara MYAirline Digantung Serta Merta - MAVCOM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Lelaki Ditahan Akibat Tampar Petugas Kesihatan Ambil Sampel Jentik-Jentik

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN