Berita Terkini

16 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Berlakon Bukan Keutamaan, Ayu Raudhah Mahu Fokus Keluarga Dan Perniagaan

Pelakon jelita, Ayu Raudhah mengakui terpaksa menolak banyak tawaran lakonan kerana tidak mahu menyusahkan produksi. Kini fokus dengan perniagaan kafe dan pakaian Muslimah. 

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Apr 2022 6:49PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Nama pelakon jelita, Ayu Raudhah pernah menjadi buruan penerbit dan pengarah drama untuk membintangi karya mereka satu ketika dahulu.

Antara drama yang pernah dibintangi pelakon kelahiran Alor Setar Kedah ini ialah 'Manjalara', 'Gemersik Kalbu', 'Cinta Bukan Kristal' dan banyak lagi.

Namun selepas berkahwin dengan pemain bola sepak terkenal, Zaquan Adha pada tahun 2011, Ayu atau nama sebenarnya Raudhah Che Wan, 38, dilihat lebih memberi fokus kepada keluarganya berbanding bidang lakonan. Tambahan pula kini mereka sudah memiliki lima orang anak yang semakin membesar. 

Ditanya adakah suaminya menghalang untuk dia bergiat aktif dalam bidang lakonan, kata Ayu Zaquan tidak pernah menghalangnya dari berlakon cuma fokusnya terhadap keluarga yang membataskan.

“Rindu terhadap dunia lakonan itu tidak pernah surut. Tambahan pula kalau tengok drama lakonan sendiri diulang siar di kaca TV. 

“Kalau ikutkan sampai sekarang saya masih menerima tawaran berlakon. Biarpun kali terakhir saya berlakon pada tahun 2017. Tetapi sejak merantau ikut tuntutan kerja suami sebagai pemain bola sepak termasuklah ke Kedah dan Negeri Sembilan memang terpaksa fikir banyak kali kalau hendak terima sesuatu tawaran. 

“Tambahan pula masa di set penggambaran agak lama. Kalau anak-anak jatuh sakit ke, kita tak boleh jadikan alasan untuk tidak pergi ke set penggambaran. Jadi daripada saya menyusahkan produksi di kemudian hari, lebih baik saya tidak terima,” katanya.

Sebagai seorang suri rumah Ayu juga punya impian untuk membantu menambah pendapatan keluarga. Terbaru sejak sebulan lalu, Ayu dan suami telah membuka kafe makanan di Seremban berikutan permintaan yang tinggi sejak mereka menjalankan perniagaan atas talian ketika musim PKP yang lalu. 

Bukan itu sahaja, Ayu juga telah dipilih sebagai duta dan rakan kongsi perniagaan bagi jenama pakaian Muslimah ByLR.

“Saya tidak belajar tinggi. Saya tak malu mengakuinya, bahkan bangga dengan semangat diri. Saya hanya lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Malah tak ada latar belakang jurusan perniagaan pun. Namun saya percaya pengalaman menjadi azimat berharga. 

Lalu ketika pihak ByLR mempelawa untuk menjadi rakan strategik bagi memasarkan jenama itu, saya cabar diri. Komitmen saya bukan setakat menjadi duta tetapi juga ke depan dalam meningkatkan pengaruh serta kesedaran jenama itu. Saya fikir ini juga masa dan peluang terbaik untuk melangkah ke fasa lain sebagai usahawan,” kongsinya.

Tahun ini, seluruh rakyat Malaysia sudah boleh kembali menyambut hari raya dengan meriah setelah dua tahun terpaksa beraya dalam keadaan serba sederhana. Jadi pihak ByLR juga mengambil peluang ini untuk menghasilkan koleksi hari raya sedondon ibu dan anak. Malah sebanyak 10,000 helai baju telah disediakan untuk memenuhi kehendak pengguna.

“Niat kami mahu golongan wanita juga boleh bergaya cantik tanpa mengeluarkan bajet yang mahal. Kami keluarkan baju kurung kain kapas premium dan corak ala songket yang dijual dengan harga berpatutan. Harga pakaian pula bermula serendah RM69 hingga ke RM129 untuk usia 18 ke 50 tahun.

Dari zaman pandemik COVID-19 hinggalah ke endemik, kami tahu ada yang bergelut meneruskan survival. Bukan semua orang senang. Tapi di saat negara sudah mula lebih terbuka membiasakan norma baharu dan diberi peluang untuk beraya tanpa PKP, tak salah untuk berbelanja membeli pakaian raya,” ujarnya.

Melihatkan koleksi yang dihasilkan serba ringkas dan polos, kata Ayu dia tidak boleh menyuntik seratus peratus ciri-ciri gaya peribadinya kerana perlu menjadi relevan dalam berniaga.

“Saya akui saya adalah seorang yang tidaklah terlalu ringkas dalam bergaya. Sebagai artis setiap pakaian yang digayakan bergantung kepada majlis dan situasi. Namun atas kapasiti usahawan, saya tak boleh ikut kehendak sendiri. Pakaian cantik dan mahal belum tentu orang ramai pakai. Tapi pakaian yang cantik, selesa, ringkas, harga munasabah dan dianggap ‘kampung’ itu tentu-tentu ramai yang nak. Si pemakai juga boleh padankan pakaian yang polos dengan aksesori untuk kelihatan lebih menarik.  Biarlah bijak membeli, menang memakai,” katanya.

Sebagai permulaan, Ayu turut mengumumkan akan mengedar 10,000 helai tudung secara percuma dan baucar RM10 kepada peminatnya. - Getaran, 8 April 2022.

Gambar: PR

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 3 bulan yang lalu

Dyslexia Cafe MY Bantu Tingkat Kesedaran Tentang Disleksia

2

Selebriti 6 bulan yang lalu

 Cawangan Ke-10 Kafe Chef Wan Bakal Bertapak Di KLIA

3

TARA 7 bulan yang lalu

Bekerja Dari Kafe, 8 Pilihan Kafe Yang Boleh Dicuba di Pavilion Bukit Jalil

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Minat Komuniti Perniagaan Melabur Di Malaysia Bukti Kestabilan Negara - PM

Sorotan

1

Hampir 20,000 Buah Mangga Malaysia Dilupuskan Di Riau

2

Stoking Kalimah Allah: Jangan Ambil Tindakan Sendiri - KPN

3

PM Ziarah Menteri Agama Terima Rawatan Di Hospital Putrajaya

4

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

5

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

6

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

7

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Neelofa Akui Khilaf Ketika Beri Nasihat Kepada Pemanggil Radio Era

oleh Helmi Anuar

Muzik 15 jam yang lalu

All Time Low Kembali Ke Malaysia Selepas 13 Tahun

Konsert pada 28 April hadapan permulaan siri jelajah FOREVER Asia Tour.

oleh Rahayu MN