web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kumpulan Nasyid Rabbani Kembali Sibuk Ramadan Ini  

Bagi menerusikan legasi nasyid, Rabbani mengakui perlu menunjukkan contoh terbaik kepada kumpulan nasyid baharu. 

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Apr 2022 8:50AM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas berakhirnya fasa pandemik, kumpulan nasyid terunggul tanah air, Rabbani terus giat menyusun kegiatan seni mereka. Bahkan, mereka kini sibuk menghiburkan pengunjung yang berbuka puasa di D’Saji Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur sejak 3 April sehingga 27 April ini. 

Mewakili rakan Rabbani, Azadan Abdul Aziz berkata, kumpulan nasyid itu kini kembali sibuk dan sepanjang Mac lalu, jadual kerja mereka penuh.

“Alhamdulillah, selepas kita diuji cabaran lebih dua tahun, keadaan semakin pulih walaupun kita masih perlu berhati-hati untuk terus menghalang penularan COVID-19.

“Dengan kepadatan kerja, Rabbani tidak leka dalam penjagaan kesihatan. Pada masa terluang kami akan melakukan aktiviti riadah untuk terus kekal sihat dan cergas apatah lagi selepas lama ‘berehat’ pada musim PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) lalu,” katanya.

Sebagai kumpulan nasyid senior, jelas Azadan, mereka perlu menunjukkan contoh terbaik kepada kumpulan nasyid baharu untuk terus yakin dan bersemangat meneruskan legasi nasyid tanah air.

“Tiada istilah kepentingan sendiri malah kami sedia memberikan tunjuk ajar kepada pelapis nasyid. Untuk berjaya haruslah bermula dengan komitmen dan memberikan kerjasama yang baik kepada semua pihak,” katanya.

Persembahan Rabbani di D’Saji Dewan Perdana Felda kali ini bersempena dengan sajian bufet ramadan yang bertemakan Ramadan Kareem Güzel berkonsepkan masakan asli Melayu dan Turki.

Pada Ramadan ini juga, Rabbani akan berada di Festival Ramadan Putrajaya daripada 31 Mac hingga 3 Mei ini. Mereka terbabit mempromosikan booth untuk produk Garam Sasa dan agensi umrah iaitu AET Travel.

Manakala, pada 22 April pula, Rabbani akan mengisi slot persembahan  memeriahkan lagi festival ramadan itu yang dibawakan oleh MBSB Bank. - Getaran, 8 April 2022

Gambar: Rabbani 

Berita Berkaitan

1

Rencana 3 bulan yang lalu

Ramadan: Waktu Menyemai Disiplin Jiwa, Pembebasan Hati

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Rakyat Manfaat SARA Untuk Persiapan Tahun Baharu Cina, Ramadan

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Puteri Sarah Tunai Umrah Lagi, Kali Ini Bersama Ibu Bapa 

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Susuk Tubuh Yang Tinggi Curi Tumpuan Jemaah Umrah

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN