web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lelaki Juga Jadi Mangsa Gangguan Seksual – Fikry Ibrahim

Fikry juga berpendapat budaya menormalkan sesuatu (dalam konteks isu ini) itu adalah tidak wajar kerana ia akan memberi kesan kepada pembentukan budaya bangsa. 

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Apr 2022 3:45PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Biarpun kita cuba mengetengahkan kesamaan jantina di dalam masyarakat kita, namun pada masa kita juga turut menolak atau tidak dapat menerima perkara tersebut terutama yang berkaitan dengan isu gangguan seksual. 

Pandangan ini telah dikongsi pelakon kacak, Fikry Ibrahim sewaktu diwawancara mengenai wataknya sebagai Adam iaitu seorang suami yang menjadi mangsa dera isteri dalam drama siri mini, 'Nusyuz Berkiblat Cinta' yang kini sedang ditayangkan di Astro Ria. 

“Kejadian seorang suami didera isteri memang ada berlaku. Cuma pendedahannya tidak terlalu meluas. Kita cuba ketengahkan kesamaan jantina, tapi pada waktu yang sama kita juga tidak dapat menerimanya.

“Contoh, kalau lelaki memegang wanita ia mungkin dianggap keterlaluan tetapi kalau wanita yang pegang lelaki, ia dianggap biasa. Mungkin pada zahirnya seorang penampakan lelaki lebih maskulin,” katanya kepada Getaran.

Jelas Fikry lagi, dia pernah menjadi mangsa buli di sekolah tetapi baginya perkara itu tidaklah begitu keterlaluan. 

“Bagi saya yang memberi kesan adalah gangguan seksual itu sendiri. Ia terjadi kepada saya dan saya percaya ia terjadi kepada orang lain juga. 

“Selalunya, gangguan seksual itu dikaitkan dengan wanita. Tapi, tanpa kita sedar ia turut berlaku pada lelaki juga. 

“Macam yang saya katakan awal tadi, kalau kita memegang atau memuji bahagian tertentu yang ada pada wanita, benda itu sangat sensitif. 

“Tapi, kalau ia dilakukan kepada lelaki, ia dianggap normal. Sedangkan subjeknya tetap sama iaitu gangguan seksual. Walaupun ia bukanlah membuli secara fizikal tetapi ia juga satu gangguan buli secara emosi. 

“Saya mungkin tidaklah begitu sensitif berhadapan dengan perkara ini tetapi bagi orang lain, ia mungin mengaibkan, menjatuhkan maruah atau mencetuskan kemurungan,” katanya.

Bercerita lebih lanjut tentang pengalaman yang dilaluinya sendiri, Fikry berkata, ia  berlaku sewaktu dia menjayakan satu set penggambaran. 

“Waktu itu saya mahu menukar baju dan datang seorang perempuan masuk untuk menukar baju jugak. Saya keluar dan tunggu di luar untuk memberi laluan kepada dia. Tapi, kemudian muncul ayat sebegini daripada dia: “Alah tak luak pun…”

“Cuba kalau saya katakana begitu kepada dia, sudah tentu ia akan dianggap sebagai gangguan seksual. Banyak lagi perkara yang terjadi. Bukan di set penggambaran sahaja. 

“Dan, saya pula seorang yang cukup sensitif dengan perkataan.  Kalau benda yang sama saya cakap kepada awak, adakah awak akan terima dengan benda yang sama awak lakukan? 

“Adakah awak bercakap begitu kerana penampakan saya yang maskulin sebagai seorang lelaki dan mungkin ia dianggap hati saya sebagai seorang lelaki ini tidak sensitif?

“Hal ini tiada kaitannya dengan rasa sentap. Tetapi, adakalanya penderaan fizikal itu tidak semestinya berlaku terus secara fizikal. Ia mungkin tercetus disebabkan perkataan. 

“Jika perkataan itu dinormalisasikan pasti ia akan disusuli dengan perbuatan. Sebab itulah saya rasa budaya menormalkan (dalam konteks ini) sesuatu itu adalah tidak wajar kerana ia akan mampu memberi kesan kepada pembentukan budaya bangsa. 

“Bagaimana budaya bangsa kita akan terus jadi elok kalau kita tidak menitik-beratkan hal-hal sebegini,” soalnya. 

Tentang watak Adam yang menjadi mangsa dera isteri bernama Hawa yang dijayakan Emma Maembong, Fikry mengakui, itulah kali pertama dia diberikan peluang untuk membawakan watak sedemikian.

“Saya suka watak ini kerana ia berbeza dengan watak-watak lain yang pernah saya bawakan sebelum ini. Dalam drama ini sebetulnya ada dua cerita. Yang satu, suami yang didera isteri dan satu lagi isteri yang didera suami.

“Pujian itu datang dari pengarah Harith dan juga barisan pelakon yang lain kerana mereka berjaya memanusiakan skrip dan cukup berjaya membawakan watak-watak mereka dengan baik. 

“Juga kepada Astro yang memberi ruang untuk mengetengahkan genre dan karya yang sebegini untuk dipaparkan,” katanya. 

Jelas Fikry, dia tidak kisah jika mendapat maklum balas yang negatif daripada kalangan penonton. 

“Bagus atau tidak bagi saya masih lagi satu pemasaran yang baik. Ia tetap satu pendedahan yang baik buat saya. 

“Semua orang boleh bercakap apa saja tentang apa yang mereka rasa. Asalkan ia tidak keterlaluan dan ia bukan suatu serangan peribadi. 

“Apa yang penting, drama ini mampu mengetengahkan suatu kesedaran dan pengajaran yang berguna kepada masyarakat dalam perspektif berbeza,” katanya lagi. - Getaran, 7 April 2022

Gambar: Fikry Ibrahim IG 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 tahun yang lalu

Saya Tak Menangis Atau Tumpah Darah, Semua Itu Fake! - Emma Maembong Tidak Faham Kenapa Isunya Berpantang Jadi Viral 

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Selamat Melahirkan Baby Boy, Emma Maembong Namakan Cahaya Mata Keduanya Shakil Aryan Shah

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Muat Naik Gambar 'Maternity Photoshoot', Netizen Minta Emma Maembong 'Sellotape' Pusat Terjojol 

4

Gaya 3 tahun yang lalu

Stylofest Mega Raya 2023 Anjur Festival Shopping Kekeluargaan Terbesar 73 jam Tanpa Henti 

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN