web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Wany Hasrita Nafi Bernikah Sabtu Lalu

Dikatakan telah berkahwin pada Sabtu lalu, penyanyi popular, Wany Hasrita menafikan dakwaan itu.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Apr 2022 2:18PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi popular, Wany Hasrita menafikan khabar angin yang bertiup kencang bahawa dia sudah bernikah pada Sabtu lalu (2 April).

Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 30, mengakui terkejut dengan dakwaan itu dan bingung bagaimana khabar angin seperti itu boleh tersebar. 

“Memang tak la! Mana dapat tahu cerita ini? Sumpah saya masih belum berkahwin. Setiap orang punya perancangan untuk berkahwin, saya sendiri punya perancangan untuk berkahwin tidak lama lagi. Tetapi untuk masa terdekat sebulan dua ini tidak,” katanya ketika ditemui di majlis berbuka puasa Armani Entertainment di ibu kota.

Tambah Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2018 ini lagi, dia mempunyai alibi. Pada tarikh dia didakwa berkahwin, penyanyi itu terlibat dengan kerja mengacara sebuah program Ramadan di TV1.

Walaubagaimanapun, Wany mengambil pendekataan untuk tidak berkongsi dengan lebih lanjut mengenai maklumat bakal suaminya saat diajukan soalan tentang siapakah gerangan jejaka yang sudah berjaya menambat hatinya. 

“Impian saya adalah untuk berkahwin dengan lelaki yang bukan di dalam industri yang sama. Kalau ada jodohnya, maka tercapailah impian itu,” katanya. 

Tegas Wany lagi, dia juga memilih untuk tidak menghebahkan tentang majlis merisik dan bertunang kerana mahu menghormati pelbagai pihak, namun berjanji akan memberitahu semua tentang majlis nikah. 

“Sudah dirisik atau bertunang, itu biarlah saya sahaja yang tahu. Kalau nikah sudah tentu saya akan beritahu dan jemput pihak media,” ujarnya. - Getaran, 7 April 2022

Gambar: Instagram Wany Hasrita 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 bulan yang lalu

Syed Saddiq, Bella Tunang Hari Ini, Mohon Doa Orang Ramai 

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Chris Martin, Dakota Johnson Bertunang

3

Muzik 2 tahun yang lalu

FMC Music Sahkan Datuk Jamal Abdillah Tarik Diri Dari Pentas AJL38

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Anak Bongsu Najib Bertunang Dengan Nicola Mulyadi

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN