web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Naz Carpentry Tuntut Saman RM300,000 Ke Atas Awal Ashaari

Perbicaraan kes saman langgar kontrak yang dikemukakan Naz Carpentry ke atas Awal Ashaari telah bermula pagi semalam dan akan bersambung pada hari ini dan esok.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Apr 2022 10:30AM

Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Perbicaraan kes saman syarikat perabot Naz Carpentry ke atas hos televisyen terkemuka, Awal Ashaari berikutan isu pelanggaran kontrak telah pun bermula semalam.

Dijalankan melalui atas talian menerusi aplikasi Zoom di firma guaman Hafarizam, Wan & Aisha Mubarak, perbicaraan kes saman tersebut melibatkan keterangan saksi-saksi plaintif dari Naz Carpentry diikuti dengan defendan,  Awal Ashaari.

Pengurus krisis dan jurucakap Naz Carpentry, Saiful Ridzuan dari firma Saiful Ridzuan Public Relations and Communications mengesahkan perbicaraan kes saman sivil itu bermula pagi semalam dan akan bersambung pada dua hari seterusnya iaitu 5 dan 6 April. 

“Setelah berbincang dengan barisan peguam dan mendengar pendapat mereka, Naz Carpentry membuat keputusan untuk melalui proses perbicaraan bagi menyelesaikan krisis yang dihadapi,” kata Saiful Ridzuan.

Saman yang difailkan plaintif pada Februari tahun lepas itu mendakwa defendan, Awal Ashaari, melanggar kontrak dengan memberhentikan Naz Carpentry daripada meneruskan kerja pengubahsuaian di premis baru beliau dan memungkiri perjanjian yang dipersetujui kedua-dua pihak.

Plaintif, dalam samannya, menuntut lebih daripada RM300,000 dibayar defendan termasuk bagi baki bayaran untuk kerja-kerja pengubahsuaian yang telah disiapkan, pembayaran balik jumlah tajaan yang sepatutnya ditaja melalui pengiklanan dan promosi perniagaan di laman media sosial, baki jumlah keseluruhan yang masih belum dijelaskan, kos upah kerja tambahan dan kos-kos lain.

Naz Carpentry juga menuntut deklarasi bahawa defendan tidak layak untuk menuntut pembayaran balik wang pendahuluan berjumlah RM100,000 yang dibayar kepada syarikat tersebut bagi memulakan kerja.

Peguam utama Naz Carpentry, Nurul Hafidzah Hassan berkata pihak plaintif akan memanggil seramai dua saksi dan pihak defendan hanya mengemukakan seorang saksi iaitu Awal Ashaari sendiri bagi memberi keterangan semasa kes berlangsung.

“Kedua-dua pihak tidak mencapai persetujuan semasa proses mediasi yang dicadangkan pihak defendan sebelum ini maka barisan peguam kepada pihak plaintif akan memberikan yang terbaik bagi membela nasib anak guam semasa perbicaraan,” ujar Nurul Hafidzah.

Sebelum itu, pada November 2020, Naz Carpentry menyaman Awal Ashaari dan dua defendan yang lain setelah mendakwa pengacara televisyen tersebut mengeluarkan kenyataan fitnah, melakukan pembulian siber dan ugutan undang-undang tanpa henti melalui akaun media sosial beliau. - Getaran, 5 April 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Rafizi Arah Pasukan Guaman Saman Wan Ahmad Fayhsal

2

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Laju Sangat...Kan Dah Kena Saman

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Saman Bapa Budak Lelaki 11 Tahun Pandu Kereta

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Barangan Mewah Lebih AS$346 Juta: 1MDB, 10 Syarikat Saman Rosmah

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN