web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Perginya Bekas Wartawan Hiburan Dan Penulis Lirik Berprolifik 

Hari ini seluruh industri hiburan tanah air berduka cita di atas pemergian bekas wartawan hiburan serta penulis lirik tersohor, Allahyarham Rudy Imran Shamsudin yang menghidap Kanser Usus.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Mar 2022 2:53PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Hari ini merupakan hari yang paling mendukacitakan buat seluruh petugas media khususnya di bahagian hiburan serta penggiat seni muzik tanah air apabila bekas waratawan dan penulis lirik tersohor, Rudy Imran Shamsudin telah menghembuskan nafas terakhirnya di kediamannya di Semenyih.

Allahyarham yang berusia 47 tahun meninggal dunia akibat kanser usus yang dihidapinya sejak beberapa tahun lalu. 

Kali terakhir arwah berkhidmat sebagai wartawan adalah bersama akhbar Harian Metro sebelum mengambil keputusan untuk bersara dan menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. 

Selain pernah berkhidmat sebagai wartawan hiburan, arwah juga aktif menulis lirik lagu untuk penyanyi-penyanyi popular tanah air.  Karyanya pernah dijulang di peringkat tertinggi di Anugerah Juara Lagu (AJL) apabila lagu tulisannya iaitu 'Lelaki Teragung' dendangan Dayang Nurfaizah berjaya membawa pulang anugerah utama.

Sebelum ini lagu 'Di Pintu Syurga' juga dendangan Dayang berjaya memenangi tempat ketiga di anugerah yang sama. 

Selain berbakat dalam bidang penulisan, arwah juga seorang yang berbakat dalam bidang lakonan. Arwah pernah beberapa kali terlibat sebagai pelakon pembantu dalam drama tempatan.

Kehilangan arwah bukan sahaja dirasi oleh teman-teman seangkatan, tetapi juga selebriti-selebriti tanah air yang mengenali serta pernah bekerja dengan beliau.

Antara yang paling terkesan tentunya penyanyi popular, Dayang Nurfaizah. Mereka berdua mencipta kejayaan bersama di pentas AJL. Menerusi hantaran terbaru Dayang di Instagram, dia mengakui kehilangan kata-kata dan ralat kerana tidak sempat untuk merakamkan lagu terakhir tulisan arwah. 

“Abang Rudy antara orang yang melihat Dayang ‘membesar’ di dalam bidang muzik, bermula dari hubungan antara wartawan dan artis hinggalah Abang Rudy menulis lirik untuk lagu-lagu Dayang. Terlalu banyak kebaikan Abang Rudy, orang sekeliling sentiasa menyenangi.

Dayang bagai hilang kata-kata kerana semuanya berlaku sangat cepat. Akan Dayang kenang setiap kenangan indah sepanjang kerjasama kita.

Dayang berasa sedikit ralat kerana tak sempat rakamkan lagu yang Abang Rudy tuliskan liriknya. Andai dapat diulang masa, Dayang nak rakamkan lebih awal agar Abang Rudy dapat mendengarnya. Namun mungkin inilah buah tangan terakhir Abang Rudy buat Dayang sebagai memori di hari mendatang.

Semoga roh Abang Rudy ditempatkan di kalangan insan yang dikasihi Allah. Semoga kita bersua ‘Di Pintu Syurga’,” tulisnya. 

Kami di Getaran ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan salam takziah buat keluarga Allahyarham Rudy Imran. Terima kasih di atas khidmat sebagai wartawan hiburan yang berdedikasi serta lagu-lagu yang menyentuh kalbu. Semoga roh arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah. - Getaran, 31 Mac 2022. 

Foto : Facebook Rudy Imran

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN