web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Budaya Kerja Songsang Cetus Semangat Ogy Ahmad Daud Arah Asrar 

'Asrar… Secebis Rahsia' diadaptasi daripada cerpen 'Terima Kasih, Tuhanku' karya Sasterawan Veteran, Baharuddin Kahar terbitan Dewan Bahasa & Pustaka.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Mar 2022 2:10PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pada usia yang hampir mencecah 60 tahun, baru kini seniwati Fauziah Datuk Ahmad Daud meraih peluang untuk mengarahkan filem pendek pertamanya berjudul Asrar… Secebis Rahsia.

“Bukan saya tak mahu arahkan filem sebelum ini. Tapi, ramai yang tidak  percaya saya boleh melakukannya dan ramai cuba menghalang saya.

“Bahkan ada yang cuba meracuni pemikiran segelintir orang bahawa kalau kamu bekerja dengan Fauziah Ahmad Daud akan jadi begini begini. 

“Saya kemudian terfikir, sampai bila saya harus rasa takut dengan apa yang dinyatakan orang. Sedangkan saya tahu saya bukan begitu. Saya seorang yang kreatif,” katanya. 

'Asrar… Secebis Rahsia' diadaptasi daripada cerpen 'Terima Kasih, Tuhanku' karya Sasterawan Veteran, Baharuddin Kahar tertiban Dewan Bahasa & Pustaka dan mendapat sokongan dana daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) dan Fatijja Yayasan Ammirul Aminah. 

Memilih untuk mengadaptasi cerpen ke filem pendek juga bersebab buat Sang Primadona yang tersohor ini.

 

“Saya tahu mutu sesebuah cerpen amat berbeza dengan mutu  penulisan yang lahir melalui copy paste daripada drama atau filem yang ditonton. 

“Saya mahu sesuatu yang boleh menjentik minda dan jiwa saya. Dan apabila ia diberikan kepada saya, saya merasainya,” katanya. 

Namun, pewaris kepada bintang lagenda Datuk Ahmad Daud dan Seniwati Saadiah ini sebetulnya mempunyai sebab yang lain untuk mengarahkan dan menerbitkan Asrar. 

“Ia terbit daripada rasa kecewa saya terhadap budaya kerja yang berlaku di belakang tabir industri perfileman sejak kebelakangan ini. 

“Kebanyakan pekerja industri kreatif gagal memahami skop dan tanggungjawab mereka serta tidak punya pemikiran yang kritikal sedangkan jika mereka punyai semua elemen ini, tugasan dan kerja boleh dilaksanakan dengan lebih efisien dan cekap. 

“Saya bagi contoh, penolong pengarah pada masa sekarang menganggap kerja mereka hanya membuat jadual semata-mata. 

“Sedangkan waktu saya menuntut dengan Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin, saya sendiri cuba tarik kabel dan pasang trak. Saya melakukannya kerana saya mahu belajar.

“Benda-benda macam itu sudah tidak lagi dipraktikkan mereka ini. Department wardrobe pula, ada yang baca skrip dan ada yang tidak baca skrip untuk memahami setiap watak. 

“Mereka harus tahu warna apa yang bertepatan dengan sesuatu watak itu. Sebagai pelakon, saya akan merasainya apabila saya memakai baju dan warna yang bersesuaian dengan watak saya itu. 

“Saya amat-amat kecewa dan saya tertanya apa yang mereka belajar selama ini. Disebabkan itu, saya telah berusaha untuk menerbitkan dan mengarahkan Asrar,” katanya. 

Jelas Ogy lagi, dia turut menekankan aspek budaya kerja sewaktu mengemukakan kertas kerja Asrar kepada FINAS. 

“Itu adalah unique selling point saya kepada mereka. Saya beritahu saya mahu didik anak-anak murid saya tentang apa itu sebenar-benarnya maksud budaya kerja. 

“Sebab budaya kerja kita sekarang ini sudah jadi songsang. Cukup-cukuplah. Sampai bila kita akan terus maju kalau perkara seperti ini berterusan. 

“Saya berani bersuara kerana saya belajar daripada mereka yang bukan calang-calang di dalam industri perfileman. 

“Sepatutnya pada usia yang nak masuk 60 tahun, saya sudah patut berehat. Tapi, saya kena teruskan dan betulkan apa yang tidak betul.

“Orang lain tidak mahu ikut biarkan.  Tapi saya mahu org lain yang lahir daripada  didikan saya benar-benar memahami tanggungjawab, skop dan mutu kerja dan ia secara tidak langsung akan berbalik kepada  pemahaman tentang menghargai, menghormati dan memahami kraf  ini,” katanya lagi. 

Sambung Ogy lagi, semua yang bekerja dalam pembikinan filem pendek Asrar ini adalah dalam kalangan pelajar-pelajarnya yang pernah mengikuti kelas yang dianjurkannya secara online dan fizikal. 

“Mereka bukan pelakon sahaja tetapi ada juga dari kalangan tenaga kreatif dan mereka ini bermula daripada kosong. 

“Tetapi untuk Head Of Department, saya terpaksa ambil orang-orang yang berpengalaman untuk membantu mereka,” katanya. 

Ogy juga mengakui bahawa dia tidak begitu mengharapkan kesempurnaan dalam pembikinan filem pendek yang berdurasi 40 minit ini. 

“Saya tidak harapkan kesempurnaan tetapi saya tidak akan berkompromi dengan mutu kerja serta soalan-soalan bodoh yang diajukan pelajar-pelajar saya. 

“Ada seorang pelajar saya yang kena lempar dengan clipboard di set kerana bertanyakan soalan bodoh. Tapi, dari situ, dia cepat belajar. Adakalanya, kita perlu bertindak kejam untuk menjadi baik.

 

“Pembantu penulis skrip adalah pelajar saya yang membantu Roslen Fadzil sebagai penulis skrip filem pendek ini.  Kita ajar dia bagaimana membuat rombakan skrip dan apa itu lakon layar. 

Asrar yang bermaksud rahsia dalam bahasa Arab juga akan menyertai lapan festival filem di luar negara. 

“Saya kini dalam proses untuk menyediakan sarikata filem ini dalam bahasa yang tertentu,” katanya lagi. - Getaran, 31 Mac 2022 

Gambar: Diambil menggunakan POCO 

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Getaran Tanyakan Episod 3

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Perjuangan Sinematik Marc Abas

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Hampir 5,000 Penggiat Seni Bakal Peroleh Manfaat Kerjasama FINAS, PERKESO - Fahmi

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Industri Diseru Hasilkan Filem Malaysia Inklusif, Tekankan Perpaduan - FINAS

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN