web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Projek Lagu Pioneers Adalah Suatu Penghormatan Besar Buat Joe Flizzow 

Joe Flizzow juga menganggap dirinya bertuah kerana selain membesar di Padang Seri Gelam,  dia turut menyaksikan sendiri saat-saat Tengku Mahkota Johor mengambil alih pentadbiran JDT.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Mar 2022 2:00PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi rap tersohor, Joe Flizzow mengakui terpaksa menyimpan rahsia berbulan-bulan terhadap penglibatan ikon hip hop antarabangsa, Snoop Dog dalam pembikinan 'Pioneers' yang diangkat sebagai lagu tema rasmi Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDTFC) untuk 2022.

“Idea untuk menghasilkan 'Pioneers' telah dicetuskan sendiri oleh Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim. 

“Tuanku mahukan sebuah lagu yang dapat memberikan impak antarabangsa terhadap JDT. Bagi merealisasikan perkara itu, kita perlukan seorang bintang mega yang dapat membawa nama kelab ini ke negara-negara lain. 

“Alhamdulillah, kebetulan saya sudah pun mempunyai hubungan kerja dengan Snoop Dog. Bahkan, beliau juga turut mengundang saya untuk berkolaborasi dalam lagu berjudul ‘Alright’ yang dimuatkan dalam album Snoop  Dogg:  Algorithm  (The  Global  Edition) pada penghujung tahun lalu. 

“Sedikit sebanyak, hubungan kerja yang telah sedia terjalin ini memudahkan lagi urusan dan melalui saya, Tuanku telah menghubungi sendiri Snoop Dog untuk berbincang tenang projek lagu 'Pioneers' ini,” katanya. 

Joe turut menganggap bahawa projek 'Pioneers' yang dijayakan bersama kelab pasukan bola sepak kegemarannya, JDT dan idolanya, Snoop Dog adalah satu pengiktirafan yang besar buat dirinya.

“Bekerja dengan JDT dan Snoop Dog adalah satu impian yang menjadi kenyataan. Saya membesar di Padang Seri Gelam kerana arwah datuk saya dulu adalah Presiden Pengadil Johor selama bertahun-tahun. 

“Sewaktu kecil, saya selalu ikut arwah datuk saya turun ke padang. Waktu itu, arwah datuk saya masih lagi aktif menjadi pengadil untuk perlawanan Liga Johor. 

“Saya juga mmebesar di Stadium Larkin dan sudah menjadi lumrah, setiap kali ada perlawanan, kami akan turun ke stadium untuk menyaksikannya,” katanya. 

Joe turut menyifatkan dirinya sebagai bertuah kerana dapat melihat sendiri perkembangan JDT di era baharu sejak ia dikelolakan Tengku Mahkota Johor. 

“Sebelum Tuanku mengelolakan JDT, saya sering ikut Tuanku ke Stadium Larkin untuk ‘workout’ dan bersenam. 

“Apabila kami berada di sana, orang-orang di stadium sering memujuk Tuanku untuk mengambil alih JDT. Apabila Tuanku akhirnya bersetuju, saya melihat sendiri bagaimana dia mengubah kelab ini dan menjadikannya sebuah kelab yang sukses dalam masa yang singkat,” katanya. 

Menurut Joe lagi,  penglibatannya sebagai komposer dan penyanyi untuk projek lagu 'Pioneers' ini sebetulnya bertitik-tolak daripada kepercayaan Tengku Mahkota Johor terhadap dirinya.  

“Saya faham visi dan dan cara Tuanku bekerja. Tuanku seorang yang sangat teliti dan mempunyai kecintaan yang begitu mendalam terhadap apa yang dilakukannya. 

“Walau sesibuk mana pun Tuanku dengan urusan pentadbiran negeri, tetapi kadang kala saya pelik bagaimana dia punya masa untuk menilai muzik video 'Pioneers' ini dan memberitahu apa yang dia suka atau tidak. Dia tahu apa yang dia mahukan. 

“Ramai orang sebenarnya tidak tahu bahawa Tuanku adalah seorang peminat muzik terutama hip hop dan waktu kali pertama saya hantar demo lagu 'Pioneers', waktu itu dia berada di Abu Dhabi, Dubai, dia beritahu bahawa dia punya satu perkataan untuk komen iaitu ‘top’. 

“Tuanku juga banyak beri idea waktu mula-mula kita hasilkan lagu ini. Dia mahukan JDT ke depan dahulu, kemudian barulah Snoop Dog dan saya. 

“Segalanya adalah tentang kelab bola sepak tersebut dan saya harap, lagu ini boleh mencetuskan inspirasi dan pembakar semangat kepada pemain-pemain sebelum mereka turun ke padang atau sewaktu berjalan masuk ke stadium. 

“Saya juga harap lagu ini dapat menjadi inspirasi kepada semua ahli dan peminat sukan kerana lagu ini mempunyai mesej yang kuat tentang erti kerja keras. 

Kita pasti mahu menjadi seorang legenda dalam setiap apa yang kita lakukan. Tapi ia juga harus disertakan dengan impian, usaha dan kerja keras yang berterusan,” katanya lagi. 

Gambar: Fail 

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Kemahiran Individu Dan Benteng Pertahanan Kunci Kejayaan JDT, Kata Jurulatih

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Piala FA: Jaringan Saat Akhir Morales Tewaskan Kedah

3

Sukan 1 tahun yang lalu

Liga Super: JDT Teruskan Momentum Kemenangan, Tewaskan Sabah 3-1

4

Sukan 1 tahun yang lalu

JDT Mara Separuh Akhir Dengan Piala FA Dengan Agregat 13-0

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN