web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Nabila Razali Putus Cinta Kerana Orang Ketiga

Nabila mengabadikan kisah cintanya di dalam buku Kerana Cinta Itu Ada yang sebahagian daripada kandungan buku tersebut mempunyai kaitan dengan kisah peribadinya.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Mar 2022 12:45PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Biarpun sudah beberapa tahun berlalu, namun peristiwa ditinggalkan bekas kekasih beberapa tahun lalu masih berparut dalam hati penyanyi Nabila Razali.

Biarpun berdalih pada awalnya, namun pemilik nama sebenar Nur Nabila Mohd Razali akhirnya membuka mulut pernah menjalin hubungan cinta selama setahun sebelum menjadi artis dengan seorang jejaka. Namun hubungan mereka retak begitu sahaja kerana orang ketiga. 

Kecewa dan terluka dengan peristiwa itu, Nabila memberikan ilham kepada novelis Sophilea untuk mengabadikan kisah peribadinya itu ke dalam sebuah novel bertajuk 'Kerana Cinta Itu Ada' yang 50 peratus merupakan kisah benar percintaan lampaunya.

“Setiap orang mempunyai kisah percintaan masing-masing. Cerita ini dah lama sebelum saya jadi artis. Kami bercinta hampir setahun namun kini tidak lagi berhubung. Punca berhubungan adalah orang ketiga.

“Siapa yang tak nak mempunyai pengakhiran kisah cinta yang bahagia? namun perjalanan setiap orang berbeza. Kita hanya merancang tapi urusan jodoh takdir yang tentukan,” katanya ketika ditemui Getaran di majlis sidang media pelancaran buku 'Kerana Cinta Itu Ada' baru-baru ini.

Namun begitu, pelantun lagu 'Peluang Kedua' ini mengakui tidak lagi menyimpan dendam ataupun menyimpan hasrat untuk kembali walaupun ngilu luka masih lagi dirasainya sehingga hari ini. 

“Ada beberapa perkara yang saya tak boleh lupa. Luka dah hilang tapi parutnya masih ada. Saya pun sudah move on dan tidak menyimpan apa-apa dendam dengannya. Bagi novel ini pula, saya tidak mahu berpura-pura mencipta sesuatu yang tidak ada. Sebab nanti orang tak dapat kaitkan,” katanya lagi. 

Menurutnya lagi, walaupun perhubungan percintaannya itu tidak menjadi, namun ia tidaklah membuatkan Nabila serik untuk menerima cinta yang baru. 

“Saya tidak serik bercinta kerana cinta itu benda yang indah. Setakat hari ini saya tidak mempunyai sesiapa lagi dan mahu fokus kepada kerjaya. Apalagi sekarang kita baru pulih daripada fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” tambahnya.

'Kerana Cinta Itu Ada' yang idea asalnya diambil dari Nabila sendiri sudah dijual secara atas talian dengan jumlah yang sangat terhad. Penyanyi itu juga mempunyai perancangan jangka masa panjang untuk mengadaptasi novel berkenaan kepada sebuah drama berantai. 

Novel tersebut menceritakan tentang kisah percintaan antara gadis bernama Nabila Aulia dengan Tengku Aisy Mateen. Hubungan mereka diuji dengan kehadiran orang ketiga iaitu Dahlia. 'Kerana Cinta Itu Ada' bakal memasuki pasaran kedai buku seluruh Malaysia dan dijual dengan harga RM35 untuk semenanjung  dan RM38 di Sabah dan Sarawak. - Getaran, 30 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Benz Ali, Gerakbudaya Tunggu Perkembangan Kes Rampasan Buku

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Permohonan E-baucar Buku Fasa 1 Ditutup, 50,000 Baucar Sudah Ditebus

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Hantaran Instagram Taylor Swift Bantu Pecah Rekod Pendaftaran Undi

4

Gaya 2 tahun yang lalu

Buku ‘Terokai Kejayaan Anak Tempatan’ Sempena Merdeka

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN