web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Will Smith Akhirnya Mohon Maaf Kepada Chris Rock, Akui Menyesal

Will Smith tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Chirs Rock selepas insiden tampar yang mengejutkan satu dunia di pentas Anugerah Academy yang berlangsung semalam.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Mar 2022 12:42PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Semalam satu dunia bercakap tentang insiden yang berlaku di pentas Anugerah Academy apabila pelakon terkenal, Will Smith telah melempang pelawak terkenal, Chris Rock selepas dia membuat gurauan tentang imej botak isteri Will iaitu Jada Smith. 

Kejadian yang berlaku secara langsung itu nyata mengejutkan ramai pihak termasuklah para tetamu yang hadir serta penonton di seluruh dunia. 

Insiden itu lantas menjadi tular di media sosial dengan jutaan netizen memberikan reaksi yang pelbagai. 

Ada yang mengecam tindakan Will yang menggunakan kekerasan sebagai jalan penyelesaian, namun ada juga yang menyokong tindakannya mempertahankan isteri tercinta. 

Biarpun telah terlanjur berjenaka, namun ramai juga yang memuji cara Chris mengawal situasi selepas dia dilempang Will secara langsung di pentas berprestij itu.

Ternyata insiden melibatkan kekerasan fizikal ini agak sukar diterima terutamanya ia berlaku di acara yang paling berprestij di dunia dan disaksikan oleh jutaan orang. 

Menerusi hantaran di Instagram, Will yang juga pemenang bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem King Richard itu telah membuat permohonan maaf scara terbuka kepada Chris.

“Keganasan dalam semua bentuk adalah satu racun dan merosakkan. Tingkah laku saya pada Anugerah Academy malam tadi tidak boleh diterima dan tidak boleh dimaafkan. Jenaka dengan saya adalah sebahagian daripada kerja, tetapi gurauan tentang keadaan perubatan Jada terlalu berat untuk saya tanggung dan saya bertindak balas secara emosi.

Saya ingin memohon maaf secara terbuka kepada anda, Chris. Saya telah melampaui batas dan saya salah. Saya sangat malu dan tindakan saya tidak menunjukkan sifat lelaki yang ingin saya tonjolkan. Tidak ada tempat untuk keganasan dalam dunia yang penuh cinta dan kebaikan.

Saya juga ingin memohon maaf kepada pihak Academy, para penerbit, para hadirin serta semua yang menonton di seluruh dunia. Saya juga ingin memohon maaf kepada seluruh keluarga William dan keluarga filem King Richard. Saya sangat menyesal dengan tindakan saya yang telah mencemarkan sesuatu yang sepatutnya menjadi kenangan indah dalam hidup kita semua. Saya adalah seseorang yang masih dalam proses,” tulisnya dalam kenyataan itu. 

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Polis Los Angeles, Chris Rock dikatakan enggan membuat laporan polis terhadap Will. 

Semoga mereka berdua dapat menyelesaikan perkara ini dengan cara baik dan tidak lagi terkait dengan keganasan. Diharapkan insiden ini menjadi satu pengajaran buat kita semua supaya tidak terlanjur dalam berbicara serta tidak bertindak mengikut emosi dengan menggunakan kekerasan sebagai jalan penyelesaian. - Getaran, 29 Mac 2022.

Gambar: AFP

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 tahun yang lalu

Saya Dedikasikan Kemenangan Ini Kepada Ibu, Dialah Adiwira Sebenar - Michelle Yeoh Akan Bawa Trofi Pulang Ke Malaysia

2

Selebriti 4 tahun yang lalu

Will Smith Disekat Anugerah Oscar Selama 10 Tahun

3

Selebriti 4 tahun yang lalu

Will Smith Letak Jawatan Daripada Akademi Filem

4

Selebriti 4 tahun yang lalu

Bengang Isteri Diejek, Will Smith Lempang Chris Rock di Pentas Oscar

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN