web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Selamat Pengantin Baharu Natasha Hudson

Pelakon Natasha Hudson selamat mendirikan rumah tangga dengan pasangannya yang dikenali sebagai Jay Jasmin hujung minggu lalu.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Mar 2022 10:15AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon Natasha Hudson telah selamat mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihannya yang dikenali sebagai Jay Jasmin.

Pasangan tersebut disatukan sebagai suami isteri di Masjid Al Umm, Bandar Baru Bangi, Selangor hujung minggu lalu.

Natasha atau nama sebenarnya, Natasha Liana Hudson, 39, telah berkongsi detik-detik hari bahagianya itu menerusi Instagram Story.

“Assalamualaikum. Pertama sekali terima kasih diucapkan kepada semua di atas ucapan dan doa kalian buat kami berdua. Kami sangat menghargainya dan terharu. 

“Alhamdulillah syukur ramai yang sayangkan kami dengan memberikan kata-kata semangat. 

“Doakan banyak-banyak buat kami dan sekeluarga hingga ke akhir hayat,” tulisnya dalam satu kenyataan.

Pelakon filem Chermin ini juga memohon agar berita perkahwinannya kali ini tidak disensasikan pihak media dengan menggunakan tajuk yang tidak sepatutnya. 

“Kami tidak perlukan publisiti murahan. Tolong hormati saya dan jadi lebih sensitif terhadap semua perkara. 

“Tak perlu jelaskan kali ke berapa saya berkahwin. Tolong keluarkan tajuk yang positif.  Saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan jika berita anda mencalarkan nama baik saya dan keluarga. 

“Kami juga manusia yang ada hati. Dengan hati kecil ini juga kami hanya perlukan doa dan sokongan,” tulisnya.

Pada hari bahagia itu, pasangan ini memilih untuk mengenakan busana tradisional serba ringkas berwarna pastel.

“Saya ingin beli sesuatu yang boleh disimpan lama. Saya dan Jay suka benda tradisional dan ringkas. Kami juga tidak mahu membazir. Sejujurnya saya beli pakaian ini di bahagian rak diskaun sahaja tetapi puas hati. 

“Orang kata boleh ‘recycle’ balik dan pakai lebih dari sekali,” kongsinya. 

Tahniah diucapkan kepada Natasha dan suami. Semoga mahligai yang dibina berkekalan hingga ke syurga. Selamat pengantin baharu. - Getaran, 29 Mac 2022

Gambar : Medionzstudio dan Natasha Hudson

Berita Berkaitan

1

Selebriti 5 bulan yang lalu

Majlis Resepsi Erra Fazira, Ezwan Berlangsung Meriah, Erra Buat Sendiri Cenderahati Untuk Tetamu

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Busana Majlis Nikah, Resepsi Afifah Nasir Dikritik

3

Seni & Hiburan 2 tahun yang lalu

"Saya Dah Jumpa Pilihan Yang Paling Tepat, Ibu Saya Sayang Dan Anggap Dia Seperti Anak" - Zul Ariffin

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Shakila Khoriri Kembali Bergelar Isteri

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN