web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


“Ifa Raziah, Saya Minta Maaf…” Roslan Shah Ingin Hidup Tenang

Perang dingin antara Roslan Shah dan Ifa Raziah mula diperkatakan apabila masing-masing mula menghentam sesama sendiri di media sosial pada tahun 2018.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Mar 2022 2:30PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pengacara dan penyanyi Roslan Shah mengakui kejadian rebah semasa menjadi tetamu di sebuah program siaran langsung baru-baru ini adalah pengalaman yang menginsafkan sekali gus menggerakkan dirinya untuk meminta maaf kepada sesiapa yang pernah terluka hati khususnya pelakon Ifa Raziah.

Kemelut di antara dua selebriti itu masih tidak menemui jalan penyelesaian apabila masing-masing memilih membawa haluan hidup berbeza sejak insiden pertikaman lidah di media sosial pada tahun 2018.

“Doktor kata tekanan darah saya tinggi mencecah 220 dan sepatutnya saya sudah terkena angin ahmar. Tapi Allah beri saya peluang kedua.

“Ada juga yang kata saya pura-pura pengsan dan tuduh pihak TV3 bayar saya untuk gimik. Sedangkan benda itu benar-benar terjadi dan bukannya TV3 bayar biaya perubatan saya. Agaknya kalau saya mati, adakah saya juga dikira propa?,” katanya ketika ditemui Getaran baru-baru ini. 

Sejak itu, Roslan mula amalkan pengambilan vitamin dan mengurangkan makanan berminyak memandangkan usia sudah mencecah 50 tahun. 

Mengakui terharu dengan kesempatan yang diberikan Tuhan, Roslan mula mendekatkan diri dengan agama dan mula memperbanyakkan amal.

“Selepas rebah, saya banyak belajar agama dan ingat mati. Saya ingin mohon maaf secara terbuka kepada sesiapa yang pernah saya maki dahulu. Saya nak mati tanpa permusuhan.

“Saya juga nak minta maaf kepada Ifa Raziah. Dalam masa terdekat saya akan whatsapp beliau memandangkan saya tak simpan nombornya. Tak kisahlah dia nak maafkan atau tidak, itu hak individu. Saya tak malu kerana saya cuma nak hidup tenang,” katanya.

Pelantun lagu Ek Eleh itu juga mengakui sebak setiap kali terkenangkan persahabatannya bersama Ifa Raziah yang dikenalinya sejak tahun 1997 lagi. Namun apa daya, kerana pertikaman lidah yang berlaku beberapa tahun dulu, kini mereka berdua sudah tidak lagi seakrab dahulu. 

“Kalau jumpa dia, saya sebak nak nangis. Tapi nanti ada yang kata saya ambil kesempatan. Saya pernah mimpi dia dua kali. Dalam mimpi itu kami bermesra dan buat show sama-sama. 

“Saya masih ingat lagi semasa mak saya meninggal, dia titipkan pesanan takziah. Maksudnya dia bagus. Dia bermusuh dengan saya, tapi bukan dengan arwah mak saya. Sebab waktu arwah ibunya meninggal dahulu pun, saya pergi ke pengebumiannya,” sambung Roslan

Terdahulu, pergaduhan antara Roslan Shah dan Ifa Raziah mula diperkatakan apabila masing-masing mula menghentam sesama sendiri di media sosial pada tahun 2018.  Ifa Raziah tersinggung apabila Roslan mendoakan anak lelakinya pondan dan mula memberikan kata-kata kurang enak didengar mengenai keluarganya. Sejak itu, hubungan persahabatan mereka sejak tahun 1997 mula menjadi retak dan goyah. - Getaran, 29 Mac 2022

Gambar: Roslan Shah

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Saksikan Keperitan Hidup Puteri Balqis Dalam Khilaf Yang Tertulis 

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Selamat Jalan Raymond Goh

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Ibu Pelajar Cemerlang SPM Meninggal Dunia Akibat Angin Ahmar

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Kami Mohon Maaf, Insiden Itu Berlaku Tanpa Pengetahuan Pihak StarVendors – Ifa Raziah Ulas Isu Video Tidak Sopan Yang Viral 

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN