web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Eyka Farhana Cabar Diri Jadi Gadis Gedik ‘Bimbo’

Eyka Farhana mengakui seronok menjayakan penggambaran di Wales Utara, biarpun cuacanya sangat sejuk.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Mar 2022 4:51PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sering membawakan karakter yang serius dalam kisah cinta yang berat, aktres muda, Eyka Farhana mengakui bahawa dia cuba mencabar dirinya untuk memainkan watak gadis yang gedik dan bimbo dalam filem Autumn In Wales yang kini sedang ditayangkan di Astro First. 

“Dalam Autumn In Wales, saya kena jadi seorang yang gedik, lantang, ‘over’ dan bimbo. Ia memang suatu cabaran buat saya. Sebab, saya tidak pernah bawakan watak komedi yang sebegini. 

“Saya lebih dikenali dengan watak-watak dalam kisah cinta yang serius. Jadi, membawakan watak dalam Autumn In Wales adalah sesuatu yang baharu buat saya. 

“Tapi, saya mengambilnya sebagai suatu cabaran dan tidak berfikir dua kali untuk menerima tawaran memainkan watak ini. 

“Apatah lagi saya sudah pernah bekerja dengan pengarahnya iaitu Rahila Ali, sebelum ini. Dia banyak bantu saya untuk guide watak saya,” katanya. 

Eyka mengakui seronok menjayakan penggambaran Autumn In Wales selama sebulan dan sebahagiannya menggunakan lokasi penggambaran di Wales Utara. 

“Cuacanya sangat sejuk, jadi sedikit susah untuk menjayakan penggambaran.

"Tapi, selebihnya memang menyeronokkan sebab saya memiliki kebebasan untuk berbincang tentang watak dan cara menzahirkan dialog bersama Amyza Aznan dan Joey Daud yang memegang watak ibu bapa saya. 

“Kebanyakannya memang tidak ikut skrip. Itu yang seronok. Jaa pula kawan saya. Jadi, mudah untuk kami bekerjasama,” katanya lagi. 

Selain Eyka Farhana, filem terbitan Pencil Pictures and Record ini dijayakan Jaa Suzuran, Keith Foo, Wanna Ali, Joey Daud, Amyza Adnan, Sissy Iman, Fara Mendoza, Wanns Ahmad serta Amirul Haswendy yang turut bertindak sebagai penulis skrip. 

Autumn In Wales mengisahkan tentang gadis yang periang bernama Aira lakonan Eyka Farhana.  

Menjelang hari perkahwinannya, Aira telah terbang ke Wales untuk membuat kejutan kepada tunangnya, Darwish (Keith Foo). 

Ketika berada di sana, satu insiden berlaku dan Aira dengan Jaka atau Jejaka Kacak (Jaa Suzuran) yang berasal daripada pantai timur telah bertemu secara tidak sengaja. 

Jaka ingin memulakan hidup baru di Wales selepas berpisah dengan kekasih yang kemudiannya diketahui dua alam. - Getaran, 28 Mac 2022

Gambar: IG Eyka Farhana & Pencil Pictures

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Watak Mawar Menjadi Satu Pengajaran - Eyka Farhana Minta Suami Isteri Hati-Hati Dengan Wanita Penyondol 

2

Sukan 3 tahun yang lalu

Piala Dunia: Iran Tewaskan Wales 2-0

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Tampil Seksi Untuk Kempen Pakaian Dalam, Eyka Farhana Dikecam Netizen

4

Filem & TV 4 tahun yang lalu

'Autumn In Wales' Sesuai Untuk Mereka Yang Stres - Ayu Puteh

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN