web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bengang Isteri Diejek, Will Smith Lempang Chris Rock di Pentas Oscar

Buat pertama kalinya, seorang penyampai dilempang semasa anugerah berprestij itu disiarkan secara langsung.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Mar 2022 12:58PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tergamam, bingung. Itulah yang boleh disimpulkan mengenai insiden dua minit di pentas berprestij Anugerah Oscar apabila pelakon Will Smith menampar pelawak Chris Rock yang juga penyampai bagi kategori Best Documentary Features hari ini. 

Sebelum kejadian, Chris Rock dilihat menjadikan isteri Will Smith, Jada Pinkett-Smith sebagai bahan lawak apabila menyamakan penampilannya yang botak dengan watak utama dalam filem G.I Jane. Kata-kata Chris dianggap biadap memandangkan Jada Pinkett mengalami penyakit gangguan autoimun alopecia yang menyebabkan rambutnya gugur dan botak. 

Tidak rela melihat isterinya diejek, Will Smith kemudian naik ke atas pentas dan terus menampar Chris Rock. Ia merupakan kali pertama seorang penyampai dilempang semasa sesi anugerah berprestij itu disiarkan secara langsung.  

Tidak terhenti di situ, Will Smith kemudian dilihat kembali ke tempat duduk dan menjerit “Jangan sebut nama isteri aku lagi,”

Keadaan di dalam dewan kemudian menjadi sedikit janggal namun acara masih tetap diteruskan. Chris Rock kemudiannya terus menyampaikan anugerah yang dimenangi oleh 'Summer of Soul'. 

Ketika iklan, beberapa pelakon dilihat cuba menenangkan Will Smith yang tidak dapat menahan emosi. Antara yang dilihat mengelilingi Will Smith ialah pelakon Denzel Washington dan Tyler Perry.

Beberapa minit selepas itu, ada berita baik menanti Will Smith apabila dinobatkan sebagai Pelakon Terbaik menerusi filem lakonannya 'King Richard'. 

Ketika memberikan ucapan kemenangan, Will Smith sempat menegaskan bahawa setelah menjalani penggambaran 'King Richard' dia belajar untuk mempertahankan dan melindungi orang-orang yang dicintainya. 

Pelakon itu turut meminta maaf kenapa pihak akademi berikutan insiden yang berlaku. Tahniah Will Smith! - Getaran, 28 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 4 tahun yang lalu

Will Smith Disekat Anugerah Oscar Selama 10 Tahun

2

Selebriti 4 tahun yang lalu

Will Smith Letak Jawatan Daripada Akademi Filem

3

Selebriti 4 tahun yang lalu

Will Smith Akhirnya Mohon Maaf Kepada Chris Rock, Akui Menyesal

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN