web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dua Tahun Menunggu, Aedy Ashraff Akhirnya Melamar Amelia Henderson

Desas-desus mengenai hubungan cinta di antara dua pelakon popular, Aedy Ashraff dan Amelia Henderson akhirnya terjawab selepas Aedy melamar Amelia di hadapan orang ramai.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Mar 2022 10:28AM

Gambar: Instagram @aedyxashraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon terkenal Aedy Ashraff membuat kejutan apabila melamar Amelia Henderson secara terbuka di depan orang ramai semalam.

Mereka berdua terlibat dalam sebuah acara yang dianjurkan di Bukit Jalil dan pada ketika itulah Aedy telah melutut dan membuat lamaran berkenaan. 

“Amelia Henderson, sudikah awak menjadi teman wanita saya?,”  lamar Aedy sambil melutut.

Amelia yang kelihatan tersipu malu bersetuju dengan lamaran itu dan Aedy kemudiannya dilihat berlari keriangan selepas lamarannya diterima. 

Aedy kemudiannya memberitahu kepada Amelia dan orang ramai bahawa dia telah menunggu selama dua tahun untuk saat ini.

Video lamaran itu kemudiannya menjadi tular di Tik Tok dan mendapat pelbagai reaksi netizen. 

Aedy, 29 dan Amelia, 27, mula menjadi bualan ramai selepas mereka berdua sama-sama membintangi drama popular ‘Kisah Cinta Kita’ yang disiarkan menerusi slot Akasia di TV3. 

Sejak itu peminat sering berspekulasi tentang hubungan mereka kerana masing-masing sering kelihatan mesra di set mahupun di luar set penggambaran. 

Mereka berdua juga merupakan pelakon sejak kanak-kanak lagi dan banyak membintangi drama popular serta iklan TV. 

Semoga hubungan pasangan sama cantik sama padan ini kekal hingga ke jinjang pelamin. - Getaran, 27 Mac 2022

Isu Pada

Coach Eddy Berbicara Tentang Kecergasan Dan Menjadi Pilihan Selebriti

26 Mar 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Komen Jelik Di TikTok, Penjawat Awam Disiasat Pihak Berkuasa

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Merokok Di Stesen Minyak Tak Boleh, Tapi Masak Boleh Ek?

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Harga Murah, Akses Mudah Faktor Pengguna Berbelanja Di Platform E-Dagang

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN