web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Amran Tompel Meninggal Dunia Akibat Kanser Usus

Pelakon komedi veteran, Amran Tompel menghembuskan nafas terakhir di kediamannya pada jam 4.37 petang tadi.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Mar 2022 7:56PM

Gambar: Ihsan Berita Harian

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon veteran Amran Tompel meninggal dunia pada jam 4.37 petang tadi setelah menderita sakit kanser usus di kediamannya di Senawang, Negeri Sembilan.

Berita dukacita itu disahkan oleh Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Hafiz Hanafiah dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, Amran menutup usia pada 72 tahun dan meninggalkan empat orang anak hasil perkahwinannya dengan isterinya.

Pada tahun 1987 pemilik nama sebenar Amran Aman Ramli tampil dengan filem pertama lakonannya iaitu Keluarga 99 sebagai watak Joe.

Selain itu, dia juga membintangi beberapa buah drama serta filem di Malaysia, antaranya Buai Laju-laju, Tak Ori Tapi Ok, Salah Bapak, Bilut, Baik Giler, Lu, Gua, Bro, 'Gerak Khas' dan banyak lagi. 

Untuk rekod, Amran adalah saudara kandung kepada dua lagi pelakon tersohor AR Badul dan Adlin Aman Ramlie.

Mereka tiga beradik juga adalah anak kepada seniman ternama, Allahyarham AR Tompel.

Jenazah Allahyarham Amran kini berada di rumahnya di Senawang dan telah pun dibawa ke hospital untuk tindakan lanjut. 

Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al Fatihah. - Getaran, 26 Mac 2022

Isu Pada

Coach Eddy Berbicara Tentang Kecergasan Dan Menjadi Pilihan Selebriti

26 Mar 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Ananda Krishnan Meninggal Dunia

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Raja Petra Meninggal Dunia

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Penyanyi Veteran, Jay Jay Meninggal Dunia

4

Semasa 1 tahun yang lalu

ADUN Mahkota, Sharifah Azizah Meninggal Dunia

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN