web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


“Kenalah Berakal Sikit, Jangan Tinggalkan Benda Busuk Dalam Industri,” - Didie Alias

Pelakon, pengacara dan pelawak itu merasakan teguran perlu untuk mendidik warga industri agar tidak sewenangnya menayangkan adegan yang melanggar norma serta budaya masyarakat Melayu di Malaysia.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Mar 2022 2:00PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon Didie Alias menegur tindakan sesetengah pihak yang tergamak menunggang kontoversi hanya untuk melariskan sesebuah drama mahupun menaikkan nama di dalam industri.

Didie Alias atau nama sebenarnya Fadzilah Mohammad@Ali berkata demikian semasa memberikan reaksi kepada klip adegan panas drama 'Perempuan Itu' yang dimuat naik oleh Zul Ariffin beberapa hari lalu. 

“Saya tak pasti sama ada ia hanya sekadar kandungan untuk viral. Maklumlah sekarang bila tak ada benda viral, susah untuk jual drama kecuali kalau pelakonnya benar-benar hebat. Sebagai anak seni kita kena duduk berbincang kalau mahu keluarkan sesuatu (video atau drama). 

“Video seperti itu, di Malaysia sudah pasti tak boleh. Saya sudah tengok video itu sebelum dipadamkan. Lembaga Penapisan Filem sudah semestinya akan potong bahagian itu. 

“Pelakon baru pula adakah itu cara untuk naikkan nama? Kalau nak naik, tunjukkan sahaja bakat yang ada tanpa perlu kandungan bodoh sebegini,” katanya kepada Getaran semasa ditemui di majlis pelancaran produk penjagaan wajah Aisel baru-baru ini.

@getaranmy

Comment Didie Alias berkenaan isu klip panas Zul Ariffin #fyp #zulariffin #TARA #getaran

♬ original sound - getaranmy - getaranmy

Bukan itu sahaja, walaupun mengakui penerbit drama berkenaan, Erma Fatima adalah kawannya, Didie merasakan teguran perlu bagi mendidik warga industri agar tidak sewenangnya menayangkan adegan yang melanggar norma serta budaya masyarakat Melayu di Malaysia.

“Kalau Menteri Agama pun dah tegur, maka ia benda yang serius. Apa sebab ia dibuat dan apa tujuannya? Kalau nak buat adegan seperti itu buatlah di Youtube dan bukannya di televisyen yang ditonton oleh jutaan orang. Lagipula kita adalah contoh. Bila kita bawa benda buruk, budak-budak akan ikut. Ia melanggar pantang-larang orang Melayu.” katanya lagi.

Penyanyi 'Tap Tap Love' itu juga menegur tindakan para pelakon agar menimbang semula kandungan yang diberikan untuk tujuan promosi sebelum memuat naik ke dalam media sosial masing-masing.

“Kepada pelakon, kadangkala kita disuruh membuat promosi tapi kenalah berakal sikit. Jika anda pelakon baharu, jangan datang dalam industri untuk buat benda yang datang dan pergi. Kena kekal dengan bakat yang ada. 

“Nak masuk dalam industri, masuklah seikhlas hati. Jangan sekadar tinggalkan kenangan pahit dan busuk dalam industri. Kepada penerbit, buatlah cerita ada kualiti dan dekat dengan masyarakat,” tambahnya. 

Dalam perkembangan lain, Didie Alias baru sahaja dilantik menjadi duta sebuah produk penjagaan wajah menggunakan formulasi Korea bernama Aisel yang bermaksud pantulan cahaya bulan di permukaan air.

Mencecah usia 49 tahun, Didie berasa terharu kerana diberikan rezeki dan peluang sebagai wajah rasmi produk Aisel di samping memberikan kesedaran kepada setiap wanita untuk tampil yakin dan cantik walaupun semakin berusia. - Getaran, 24 Mac 2022

Gambar: Instagram Didie Alias

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

"Hentikan Kenduri Selak Kain, Sarah Dan Aliff Sila Berambus Dari Malaysia" - Erma Fatima

2

Seni & Hiburan 2 tahun yang lalu

"Saya Dah Jumpa Pilihan Yang Paling Tepat, Ibu Saya Sayang Dan Anggap Dia Seperti Anak" - Zul Ariffin

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Lelaki Berpaut Pada Lori Dicari Polis

4

Semasa 2 tahun yang lalu

4 Lelaki Tular Buat Aksi 'Superman' Ditahan

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN