web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Syarikat Produksi Dirayu Ambil Berat Kebajikan Pelakon Veteran

Penerbit atau syarikat produksi drama di negara ini dirayu mengambil berat isu kebajikan pelakon veteran terutama aspek pembayaran sekali gus memastikan golongan tersebut tidak terus ditindas.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Mar 2022 5:33PM

Artis Veteran Wan Maimunah Wan Abdul Aziz tidak dapat menahan perasaan sebak ketika diraikan pada Sambutan Hari Seniman hari ini. Gambar: Dusa Abas, Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penerbit atau syarikat produksi drama di negara ini dirayu mengambil berat isu kebajikan pelakon veteran terutama aspek pembayaran sekali gus memastikan golongan tersebut tidak terus ditindas termasuk tidak menerima bayaran seperti dijanjikan.

Pelakon veteran Wan Maimunah Wan Abdul Aziz, 68, berkata dilema tersebut sering dihadapi golongan pelakon veteran termasuk dirinya apabila bayaran yang dibuat tidak setimpal dengan bakat dan pengalaman yang ada, hingga menyebabkan mereka tawar hati untuk menerima tawaran berlakon.

"Ibu banyak tolak tawaran sejak kebelakangan ini. Ibu merayu kepada penerbit turunlah padang, jenguk-jenguklah berapa yang dibayar kepada kami kerana kadang-kadang bukan penerbit yang tak bayar, pengurus produksi  yang tak bayar.

"Banyak orang tidak tahu tentang perkara ini. Kita penat bekerja tetapi tak dibayar, maksudnya orang tengah yang ambil. Kebanyakan anak seni memendam rasa, makan hati sendiri dan disebabkan minat, mereka telan juga," katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Hari Seniman Negara Peringkat Negeri Melaka di sini, hari ini.

Wan Maimunah yang sudah 50 tahun terbabit dalam industri seni tanah air, berkata beliau kini lebih selesa bekerja secara sukarela mengikut kehendak sendiri daripada menerima tawaran tetapi dibayar seadanya.

Pelakon serba boleh yang sinonim dengan watak air mata itu juga berkata bakat yang ada pada seseorang pelakon atau seniman di negara ini tidak dipandang tinggi oleh pihak tertentu terutama syarikat produksi drama, sebaliknya mereka lebih melihat kepada jumlah pengikut di media sosial.

"Sangat berbeza di luar negara kerana mereka lebih menghargai bakat yang ada pada seseorang seniman. Bukan kita minta anak seni disanjung atau ditatang tetapi hormati mereka," kata pelakon kelahiran Tebrau, Johor itu.

Terdahulu, Wan Maimunah yang juga pemenang Artis Komedi Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian dari 1992 hingga 1996/1997, berkata sumbangan dan sijil penghargaan yang diterima sempena Sambutan Hari Seniman Negara Peringkat Negeri Melaka merupakan antara anugerah paling bernilai buat dirinya.

Beliau berkata sumbangan itu menunjukkan masih terdapat pihak yang tidak melupakan golongan seniman di negara ini dan menghargai jasa mereka terhadap industri seni tanah air.

Pada majlis itu, pelakon tersebut menerima sumbangan makanan, wang tunai dan sijil penghargaan yang disampaikan Exco Perpaduan, Penerangan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna negeri Ngwe Hee Sem dan turut dihadiri Pengarah Jabatan Penerangan Melaka Shahrom Ravin Daram Abdullah. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

4 Pelakon Sado Dan Kacak Ini Dikaitkan Dengan Kes Pukul Kekasih

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Pelakon Filem Paku Tanah Jawa, Masayu Anastasia Kagumi Maya Karin 

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Peruntukan Tambahan RM1 Juta Tabung Kasih@HAWANA Terus Bela Kebajikan Wartawan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Bayaran Fi Pemandu Tidak Guna Wang MITRA - Aaron

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN