web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Zul Ariffin Mohon Maaf Susulan Kontroversi Video Panas

Pelakon popular bertubuh sasa, Zul Ariffin tampil membuat permohonan maaf sacara terbuka menerusi akaun media sosialnya rentetan kontroversi video panas bersama pelakon baru Siti Hariesa.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Mar 2022 8:53AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas terpalit dengan kontroversi video panas beberapa hari llau, pelakon popular, Zul Ariffin tampil membuat permohonan maaf menerusi akaun media sosialnya. 

Menerusi sebuah hantaran di Insta Story, pelakon bertubuh sasa itu menulis sebuah permohonan maaf secara terbuka kepada semua yang terkesan. 

“Dengan hati terbuka, saya ambil maklum di atas semua respon dari banyak pihak berkenaan klip video yang dipaparkan sebelum ini.  

Saya memohon maaf kepada semua yang terkesan dari tindakan memuatnaik video berkenaan. Selepas ini saya akan lebih meneliti dan berhati-hati untuk memuatnaik sebarang bahan yang diberikan kepada saya untuk dipromosikan di media sosial,” tulisnya.

Minggu lalu kecoh di media sosial apabila klip video sedutan drama terbaru lakonan Zul Ariffin dan pelakon baru Siti Hariesa berjudul Perempuan Itu menjadi tular selepas Zul memuatnaik video berkenaan atas tujuan promosi.

Namun adegan panas dalam video itu mengundang amarah rakyat Malaysia terutamanya yang beragama Islam kerana drama itu dikhabarkan akan ditayangkan pada bulan Ramadan. 

Kontroversi ini turut mendapat perhatian Menteri Agama iaitu Senator Datuk Idris Ahmad yang menegur tindakan pelakon itu. 

Sehubungan itu, syarikat penyiaran TV3 tampil memberikan kenyataan media susulan kontroversi yang semakin hangat diperkatakan ini. 

Menurut kenyataan itu, TV3 berkata mereka memandang serius dan mengambil berat akan suara dan pandangan orang ramai mengenai video dalam petikan adegan daripada drama Perempuan Itu yang tular di media sosial. Adegan yang dipaparkan sememangnya tidak sesuai untuk disiarkan apatah lagi bagi tujuan promosi. Malahan adegan tersebut juga tiada dalam perbincangan atau mendapat kelulusan daripada pihak stesen.

Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana pengisian drama-drama tempatan perlu mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF). TV3 ingin mengingatkan semua pihak yang meliputi produksi dan para pelakon supaya menjadi lebih peka dengan tindak-tanduk yang dilakukan serta menjaga sensitiviti agama dan masyarakat terutamanya dalam menjayakan mana-mana karya. - Getaran, 22 Mac 2022. 



 

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN