web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Empat Tahun Menyepi, Legenda K-pop BigBang Kembali Semula!

Kumpulan legenda industri muzik Korea itu bakal tampil dengan muzik baharu mereka pada 5 April ini.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Mar 2022 8:50AM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bagai terjaga dari tidur yang panjang, kumpulan legenda Korea Selatan BIGBANG mencuri tumpuan sebaik sahaja mengumumkan berita kemunculan mereka setelah empat tahun menyepi. 

Berita gembira itu dikongsi syarikat rakaman mereka, YG Entertainment menerusi sebuah hantaran polaroid hitam putih dengan tulisan BIGBANG di laman Instagram dan Twitter rasmi mereka.

Kumpulan lagenda industri muzik Korea itu bakal tampil dengan muzik baharu mereka pada 5 April ini. Sudah tentu ramai yang teruja dan sangat menantikan naskhah terbaru BIGBANG selepas lagu Flower Road yang terbit pada tahun 2018.

Tanda pagar BIGBANG dan King is Back menjadi antara antara topik trending sejak malam tadi apabila peminat di seluruh dunia mula berkempen dan meluahkan perasaan teruja mereka atas berita gempar ini.

“Kita sudah lama menantikan berita gembira ini dan akhirnya kemunculan semula mereka benar-benar menjadi nyata. Selamat kembali BIGBANG!” tulis seorang pengguna bernama Daza.

“Kita akan dengar dan lihat BIGBANG versi 2022. Raja sudah kembali,” kata seorang pengguna yang lain.

“BIGBANG selamanya mempunyai tempat yang istimewa dalam hati saya. Merekalah yang membawa saya mengenali muzik K-pop dengan lagu Last Dance,” kata yang lain pula.

Sejak tahun 2006, BIGBANG menjadi salah satu kumpulan Korea Selatan yang telah memberikan impak yang begitu hebat dalam sejarah industri muzik  dengan lambakan album dan single hit. 

Pada tahun 2016, mereka menjadi penyanyi K-pop ke 54 yang memperoleh pendapatan paling tinggi dalam senarai Celebrity 100 list tahun itu. - Getaran, 21 Mac 2022

Sumber foto: Forbes

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Blackpink Sah Perbaharui Kontrak Bersama YG Entertainment

2

TARA 2 tahun yang lalu

Levi’s Lantik Kumpulan K-Pop, NewJeans Jadi Duta Global 

3

TARA 3 tahun yang lalu

Bermalam Di Atas Pentas Peragaan, Dekati Kumpulan K-pop ENHYPEN

4

Muzik 3 tahun yang lalu

Tak Berkenan Konsert K-Pop? Semua Ada Pendapat Masing-Masing - Dolla

Sorotan

1

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

2

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

4

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

5

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

6

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN